top of page

Kelas padat: MB Amirudin hargai komitmen KPM bina kelas tambahan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

MB DS Amirudin meninjau hari pertama sesi persekolaha 2026 di Sijangkang Jaya, Kuala Langat, semalam
MB DS Amirudin meninjau hari pertama sesi persekolaha 2026 di Sijangkang Jaya, Kuala Langat, semalam

Sebanyak 111 buah sekolah di Selangor menerima projek pembinaan bilik darjah tambahan bagi menangani isu sekolah berkepadatan tinggi, dengan peruntukan keseluruhan kira-kira RM78 juta sepanjang tahun lalu.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagi tahun ini, sebanyak 48 sekolah telah dikenal pasti untuk menerima kemudahan sama menerusi pelaksanaan projek oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


"Isu sekolah berkepadatan tinggi memang sentiasa wujud di negeri ini susulan pertambahan penduduk, namun kali ini ia ditangani dengan segera dan tersusun


"Projek ini satu contoh pelaksanaan yang baik oleh pihak kementerian Pendidikan," katanya dipetik selepas menyempurnakan majlis penyerahan kerja membaik pulih sekolah terjejas ribut di Sijangkang Jaya di Kuala Langat, semalam.


Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan pembinaan sekolah dan bilik darjah menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang dilaksanakan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) mampu menyelesaikan isu sekolah padat di seluruh negara.


Ia memandangkan teknik tersebut terbukti lebih cepat dan berkesan disiapkan dan selesa bagi kegunaan pelajar.


Sementara itu, Amirudin yang juga memegang portfolio pendidikan negeri merakamkan penghargaan kepada Fadhlina atas komitmen berterusan menangani isu kelas padat di sekolah.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page