top of page

Kelantan ucap terima kasih kepada Kerajaan MADANI

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 19, 2024
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Kelantan mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ia susulan kelulusan peruntukan sebanyak RM6.1 juta oleh Kerajaan Perpaduan bagi memperbaiki dan menaik taraf jalan serta lampu isyarat di seluruh negeri itu melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan.


Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri Datuk Dr Izani Husin berkata, peruntukan di bawah Program Pemasangan Lampu Jalan Kawasan Kemalangan dan Berisiko Kemalangan Akibat Jalan Gelap itu meningkat beberapa kali ganda berbanding hanya lebih RM1 juta yang disalurkan tahun lepas.


"Terima kasih kerana meluluskan peruntukan yang jauh lebih besar tahun ini dan kami (Kerajaan Negeri) amat menghargainya.


"Peningkatan bajet ini menunjukkan kerajaan Persekutuan (Kerajaan MADANI) menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih baik sekali gus membolehkan JKR negeri melakukan kerja-kerja penyelenggaraan yang lebih menyeluruh di negeri ini," katanya dipetik laporan media.


Perdana Menteri sebelum ini menegaskan pentadbirannya tidak akan meminggirkan negeri yang diterajui pembangkang.


Menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau bertindak zalim terhadap negeri pembangkang, pentadbiranya jelas Anwar sentiasa berusaha membina hubungan baik dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat seluruh negara terbela.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page