top of page

Kelantan perlukan kebangkitan politik PH - Dr Mujahid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 15
  • 1 min read

DS Dr Mujahid Yusof dalam majlis Libat Urus AMANAH Kelantan bersama pimpinan negeri
DS Dr Mujahid Yusof dalam majlis Libat Urus AMANAH Kelantan bersama pimpinan negeri

Oleh: Akmal Manaf


Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berharap sesi libat urus bersama pimpinan AMANAH Kelantan yang disertainya kelmarin, menjadi pemangkin kepada kebangkitan politik lebih bersih, adil dan berintegriti.


Beliau berkata, majlis berkenaan berlangsung dalam suasana yang santai tetapi penuh makna.


"Majlis diserikan dengan jamuan makan malam dan sesi perbincangan isu-isu semasa yang menyentuh hal ehwal rakyat serta masa depan perjuangan politik nilai di negeri Kelantan.


"Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim yang merupakan satu-satunya wakil rakyat AMANAH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.


"Beliau mencipta sejarah sebagai wakil rakyat pertama Pakatan Harapan (PH) di Kelantan apabila memenangi kerusi Kota Lama pada pilihan raya negeri (PRN) Kelantan 2023," katanya dalam satu kenyataan.


Sempena lawatannya ke Kelantan itu, Dr Mujahid berharap AMANAH menjadi pilihan utama rakyat di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang, sesuai dengan slogan parti iaitu Rahmatan Lil Alamin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page