top of page

Kelantan patut sediakan keperluan pusat kuarantin, tidak perlu minta sumbangan NGO



Surat yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, permohonan dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Kota Bharu meminta sumbangan kepada Persatuan Buddha Malaysia cawangan Kelantan mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen.


Tidak kurang mempersoalkan mengapakah Kerajaan Negeri yang telah pun menjadi sebahagian Kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN) tidak meminta peruntukan secukupnya melawan wabak Covid 19 untuk negeri itu.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kelantan, Zinda Khalil Sastro Hassan (gambar, kanan), hal berkenaan tidak seharus terjadi memandangkan Kelantan telah pun mendapat bantuan one off RM400 juta setahun lalu dan mampu membiayaikan keperluan pusat tersebut.


"Dengan keadaan sekarang, kerajaan Kelantan sebelum ini (2019) dapat one off RM400 juta.


"Dengar khabar dapat pula duit royalti petroleum RM400 juta lebih. Gaji Exco pun naik baru-baru ini, setakat sponsor tilam rasanya Kerajaan Negeri boleh lakukan. Bukan bajet sampai juta-juta ringgit, setakat tilam, bantal, katil dalam RM50,000 kosnya lebih kurang.


"Jadi tak sepatutnya mereka mengamalkan lagi budaya 'tin milo' (tabung yang diedar dalam ceramah politik Pas) di Kelantan," katanya.


Menurut Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu itu lagi, Kerajaan Negeri yang memerintah berdasarkan konsep 'Membangun Bersama Islam' dan kerajaan pusat yang dianggotai beberapa orang menteri Pas seharusnya lebih prihatin terhadap keperluan rakyat dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan dan Darurat sekarang ini.


"Nampak sangat keprihatinan kerajaan Kelantan kurang sedangkan mereka berada dalam kerajaan pusat. Tidak mungkin tak boleh minta bajet yang cukup. Sedangkan baru-baru ini tular di media sosial dewan di Pagoh boleh dibuat dengan peruntukan RM35 juta. Tak kan kerajaan PN tak boleh tolong benda untuk kepentingan rakyat, terutama dalam mengekang Covid," katanya lagi.


Pusat kuarantin dan rawatan Covid 19 berisiko rendah itu ditempatkan di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) dan sumbangan yang diperlukan, berdasarkan surat berkenaan, berupa 120 unit katil, tilam dan bantal.


Menurut sumber, beberapa NGO bersetuju untuk menyumbangkan 120 set keperluan kepada pusat kuarantin berkenaan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page