top of page

Kelantan dituntut jawab isu teroka 13,000 hektar hutan Ulu Neggiri



Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Pas diminta menjelaskan isu 54 kelulusan penerokaan hutan membabitkan keluasan lebih 13,000 hektar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri


Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Barisan Nasional (BN), Mohd Syahbuddin Hashim dipetik laporan media berkata, berdasarkan rekod kemasukan permohonan kelulusan Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA), pihaknya mengesan 54 kelulusan baharu penerokaan hutan atas pelbagai maksud seperti ladang hutan, pengkayaan hutan dan lombong di kawasan Gua Musang yang kebanyakan dilakukan di kawasan Ulu Nenggiri.


Tambahnya, kelulusan itu diberikan kerajaan negeri sejak 2022 sehingga kini dengan kebanyakan penerokaan ini membabitkan kawasan hutan Ulu Nenggiri, Mukim Bertam.


"Di saat Pas Kelantan atau kerajaan negeri mencanangkan kepada rakyat bahawa mereka adalah sebuah kerajaan yang telus dan adil, rakyat di bawah, terutama di Nenggiri masih bergelut sekian lama untuk mendapatkan geran milik tanah.


"Sudah 34 tahun rakyat di Nenggiri terpaksa menanggung kemusnahan alam sekitar, terutama Orang Asli namun hasilnya diperoleh Kerajaan Negeri dan penerima pajakan atau projek tanpa ada pulangan yang wajar kepada rakyat Nenggiri," katanya melalui satu sidang media di Pusat Khidmat Rakyat Bukit Cekati, di Gua Musang pada Selasa.


Sementara itu beliau menegaskan pemimpin Pas Kelantan tidak perlu menjaja cerita mengenai pembangunan di daerah tersebut kerana setiap kali pengumuman bajet oleh Kerajaan Negeri Kelantan, Gua Musang sering ditinggalkan dalam agihan peruntukan.


"Pemimpin Pas tidak perlu bercerita mengenai pembangunan di Gua Musang, Kerajaan Persekutuan melalui KESEDAR sudah melakukan yang terbaik bagi tujuan itu," tegasnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page