top of page

Kelancaran perjalanan Kerajaan Perpaduan bakal meningkatkan pelaburan asing

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 20, 2022
1 min read


Perubahan Kerajaan di peringkat Persekutuan yang menyaksikan beberapa parti politik bergabung bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan yang kuat memberi impak positif kepada negara.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini berkata, pembentukan kerajaan yang berlangsung dengan lancar itu memberi suatu imej yang sangat baik kepada Malaysia.


"Perubahan kerajaan memberikan satu imej yang sangat baik.

"Belum pernah dalam sejarah, saya check (semak) daripada merdeka 1957 sampai sekarang, belum pernah dalam masa singkat pengiktirafan (datang) dari dunia Arab, Amerika, China, Eropah, India, dan ASEAN.


"Ini inshaAllah akan saya manfaatkan untuk mempastikan mereka datang untuk melabur di sini," katanya.


Anwar sebelum itu menjawab tohmahan Ahli Parlimen pembangkang semalam yang mendakwa media antarabangsa memberi laporan negatif kepada penubuhan kerajaan susulan keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.


Sementara itu kata beliau lagi, perubahan kerajaan turut menambah keyakinan kepada negara-negara jiran untuk melabur ke Malaysia.


Beliau mengulas lawatan khas Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ke Malaysia pada 27 November lalu.


"Tuanku Sultan Brunei melakukan sesuatu yang jarang dilakukan sebelum ini, datang tapi bukan (hanya) untuk silaturrahim.


"Tuanku memberikan ruang supaya Brunei Investment Agency (BIA) yang sekarang tidak langsung melabur di sini, (mereka) lebih banyak (melabur) di Eropah, Amerika, dan Singapura.


"(Tuanku) memberi perakuan untuk bawa BIA, melihat potensi di Malaysia, dan inshaAllah akan dilakukan," kata Anwar di Dewan Rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page