top of page

Kelab KitaBudakAmpang diminta bantu agihkan kerusi roda

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Oct 9, 2021
  • 1 min read


Kelab @KitaBudakAmpang mendapat sumbangan 10 kerusi roda dari PPV Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi untuk diserahkan kepada masyarakat yang memerlukan.


Menurut pengasas kelab, aktivis sosial Hans Isaac, sumbangan tersebut merupakan pengiktirafan kepada @KitaBudakAmpang dalam melakukan kerja-kerja kemasyarakatan selama ini.


"Sumbangan ini kami anggap sebagai satu amanah besar kepada kami dalam menjalankan aktiviti kebajikan selain memastikan masyarakat yang benar-benar memerlukan akan mendapat pembelaan.


"Sekali lagi saya bersama pasukan Kelab @KitaBudakAmpang mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan ini dan kami berjanji akan menyalurkan kepada masyarakat yang selayaknya," kata Hans.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page