top of page

Kekurangan kelahiran bayi Cina: Adakah SJKC akan bertahan?



Kekurangan kelahiran bayi etnik Cina sejak sedekad lalu menimbulkan persoalan adakah sistem pendidikan Cina iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) akan bertahan di Malaysia.


Hal itu dibangkitkan oleh Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN Malaysia, Sim Tze Tzin dalam satu luahan pemikiran.


Katanya, masa kurang sibuk pada Tahun Baharu Cina ini adalah waktu terbaik untuk memikirkan mengenai nasib dan masa hadapan SJKC.


"Dalam tahun baharu ini, tiada masa yang lebih baik untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan masyarakat Cina Malaysia.


"Pada tahun 2022, terdapat hanya 40,000 bayi etnik Cina Malaysia yang dilahirkan dengan jumlah kelahiran Malaysia ialah 423,123 bayi. Itu kurang daripada 10% daripada jumlah bayi baharu lahir.


"Dalam masa 5 tahun, pada 2027, mereka akan memasuki darjah satu di sekolah rendah. Secara nasional, terdapat 1,200 SJKC untuk mereka pilih.

"Andaikan semua masuk SJKC, yang kemungkinan besarnya tidak kerana ada yang akan ke sekolah swasta atau Sekolah Kebangsaan, secara purata setiap SJKC akan mendapat 33 pelajar baharu sahaja.


"Purata 33 pelajar baharu bermakna hanya 1 kelas untuk darjah 1 di setiap SJKC," katanya dalam catatan di Facebook.


Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru itu, kebimbangan masyarakat Cina mengenai pendidikan berasaskan bahasa mandarin tersebut telah berlangsung sejak lama.


Pendidikan Mandarin amat penting pada masa hadapan apabila China menjadi kuasa ekonomi dan teknologi terkuat dunia menggantikan Amerika Syarikat pada dekad mendatang.


"Kini banyak SJKC di kawasan luar bandar sudah pun dikategorikan sebagai SKM atau Sekolah Kurang Murid. Di kawasan bandar pun, SJKC berhempas pulas untuk mendapatkan kemasukan pelajar. Dalam masa 5 tahun, keadaan akan menjadi lebih serius.


"Tiada pelajar, tiada sekolah. Adakah SJKC akan bertahan?" tanyanya.


Tze Tzin berharap terdapat solusi yang boleh dikemukakan dalam masa terdekat memandangkan kekuatan Malaysia adalah kepelbagaian etnik dan penguasaan bahasa yang memudahkan perniagaan dengan kuasa ekonomi terbesar dunia ketika ini, China dan ketiga terbesar dunia, India.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page