top of page

Kekurangan jururawat: KKM kurangkan syarat kelayakan



Kerajaan Perpaduan sedaya upaya mengatasi isu kekurangan jururawat, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.


Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi KKM di Dewan Rakyat pada Isnin beliau menjelaskan, antara langkah yang diambil adalah dengan menyerap masuk hampir kesemua lepasan kejururawatan dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia ke perkhidmatan tetap di semua fasiliti KKM.


Selain itu, katanya Lembaga Jururawat Malaysia juga telah diminta mengurangkan syarat kelayakan serta memberi tempoh tambahan enam bulan kepada lepasan yang tidak mencapai kelayakan bagi jurusan kejururawatan.


"Inilah yang dilakukan Kerajaan Perpaduan dalam menyelesaikan masalah, kita tidak hanya bercakap tentang punca masalah tetapi (mencari) jalan penyelesaian.


"Setiap perkara juga perlu dikaji terlebih dahulu dan bukan hanya main petik jawapan kepada (sebarang) masalah," katanya dipetik.


Sementara itu Dr Zaliha turut memaklumkan, pihaknya turut mengurangkan bilangan pengerusi bersama dalam Lembaga Pengarah Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) berbanding amalan kerajaan terdahulu.


Beliau berkata pentadbiran kerajaan terdahulu melantik Menteri Kesihatan, Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan dalam Lembaga Pengarah MHTC.


"Saya sebenarnya tidak meneruskan (amalan kerajaan terdahulu), cuma saya mengurangkan. Tempoh hari, dia (Lembaga Pengarah) ada tiga menteri iaitu KKM, Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan. Tetapi saya potong, tinggal Menteri Ekonomi dan MHTC.

"Bagi saya adanya menteri daripada KKM (Kementerian Kesihatan) dan Menteri Ekonomi adalah okey kerana KKM bukan sahaja (berperanan) dalam operasi (perkhidmatan kesihatan awam) tapi ada juga unsur untuk tambah ekonomi negara, jadi MHTC adalah satu agensi yang boleh digunakan untuk tambah ekonomi.


"Sudah tentu apabila ada Menteri Ekonomi (sebagai pengerusi bersama dalam MHTC) tepatlah sekali, tiada masalah pun kalau tiada Menteri MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya)...kita sentiasa lakukan libat urus dengan MOTAC," katanya menjawab celahan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi yang bertanya mengenai pelantikan Rafizi dalam MHTC.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page