top of page

Kekurangan guru di Malaysia Timur akan diatasai - Fadhlina



Kementerian Pendidikan Malaysia akan berusaha mengatasi isu kekurangan guru di Sarawak menjelang Mac depan, kata Menterinya Fadhlina Sidek.


Bercakap pada sidang media selepas Majlis Sumbangan Kasih Anak Terkesan Covid-19 Sarawak di SMK Batu Kawa di Kuching pada Sabtu, Fadhlina berkata pihaknya akan cuba mengisi 50 peratus daripada anggaran 3,000 guru yang diperlukan.


"Kita (Kementerian Pendidikan) akan cuba selesaikan dalam 50 peratus kekosongan dahulu kerana isu penempatan guru ini bukan sahaja di Sarawak tetapi negeri lain harus kita selesaikan juga," ujarnya.


Mengulas lanjut Fadhlina berkata, Jabatan Pendidikan Negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak bagi memantau rapat isu tersebut sekaligus mengatasi kekurangan guru.


Setakat ini Kementerian jelasnya masih menggunakan dasar 90:10 iaitu nisbah guru Sarawak dan bukan dari Sarawak di negeri ini.

Dalam sidang media sama Ketua Wanita KEADILAN itu turut menyentuh isu kemudahan atau fasiliti sekolah di Malaysia Timur.


Beliau sekali lagi menegaskan bahawa secara peribadi amat mengambil serius perkara terbabit yang menjadi antara tujuh teras utama KPM.


"Sebut sahaja pembangunan sekolah usang di Sabah dan Sarawak ia akan diberi perhatian sepenuhnya.


"Bahkan menerusi perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di mana Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak diberi kuasa melaksanakan projek di bawah RM50 juta, ini memberi kesan baik kepada projek pembangunan KPM khususnya sekolah di Sarawak," jelasnya.


Untuk rekod, pada 26 Januari lalu Fadhlina berkata usaha membaik pulih 568 sekolah daif di seluruh Sarawak menjadi antara perhatian utama Kerajaan Persekutuan dalam pembentangan Belanjawan 2023.


Beliau berjanji akan meneliti peruntukan yang dicadangkan dalam Belanjawan bagi usaha baik pulih dan pembangunan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page