top of page

Kekuatan organisasi parti jadi teras keteguhan kerajaan - Timb S/U KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 22
  • 1 min read

Saifuddin berucap di Kursus Pemantapan Organisasi Ibu Pejabat KEADILAN di Sabah
Saifuddin berucap di Kursus Pemantapan Organisasi Ibu Pejabat KEADILAN di Sabah

KEADILAN terus komited memperkukuh organisasi kepimpinan parti bagi memastikan pentadbiran yang mantap, seiring tanggungjawab besar sebagai parti pemerintah.


Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, menguruskan parti dalam kerajaan jauh berbeza berbanding ketika berada di posisi pembangkang.


"Rakyat menilai bukan sahaja dasar yang diumumkan, tetapi juga kekuatan organisasi yang mendukung pentadbiran. Tumpuan kini adalah membina organisasi yang kukuh agar tanggungjawab kepada rakyat dapat dilaksana dengan berkesan.


"Terdapat dua situasi penting dalam pentadbiran – buat keputusan yang betul atau buat keputusan yang berani. Itu yang saya tekankan dalam slot kepimpinan di Kursus Pemantapan Organisasi Ibu Pejabat KEADILAN dan SUK Negeri di Kundasang," katanya dipetik.


Program dianjurkan pasukan Sekretariat Ibu Pejabat diketuai Rezal Huzairi Md Zaki bersama Timbalan-Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, bertujuan memperkukuh kepimpinan akar umbi, menyemai integriti, disiplin serta solidariti, selain mengasah kemahiran membuat keputusan.


Saifuddin sementara itu merakamkan penghargaan kepada Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh atas sokongan serta ruang berkongsi pengalaman dalam program tersebut.


"KEADILAN akan terus memastikan pengukuhan organisasi berjalan seiring dengan tanggungjawab mentadbir kerajaan," tambahnya.


Pada acara itu, perkongsian turut disampaikan Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Bryan Ng Yih Miin kepada peserta yang hadir.


Beliau menegaskan bahawa di era digital, maklumat adalah nadi penting organisasi. Justeru, keselamatan maklumat bukan sekadar prosedur tetapi merupakan amanah yang wajib dipertahankan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page