top of page

Kekuatan Kerajaan Perpaduan kerana dasar, bukan majoriti kerusi Melayu



Kekuatan Kerajaan Perpaduan ketika ini adalah kerana dasar yang membela rakyat terbanyak, bukannya mendapat majoriti kerusi Melayu atau tidak.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang semalam yang mendakwa kerajaan sukar untuk memimpin negara majoriti orang Melayu bila mana di dalam komponen Pakatan Harapan (PH) sendiri banyak parti dan pemimpin bukan Melayu.


Menurut Anwar, sama ada memperoleh banyak kerusi parlimen Melayu atau tidak hal itu bukanlah ukuran, kerana kerajaan yang baik, katanya, diukur melalui dasar yang dilaksanakan.


"Yang penting bukan soal jumlah majoriti, yang penting dasar.


"Di mana dasar kita tinggalkan Islam, kita khianat orang Melayu? Curi tanah Melayu atau curi saham, curi projek? Ini yang penting kita nilai. Jangan guna naratif kolot dan jumud. Saya tanya di mana?


"Bahasa, budaya, Islam, seni, sastera, ini kita lakukan (jaga). Tetapi negara ini pelbagai kaum. Sementara kita angkat Islam, bukan Islam kita kena jaga supaya hak tetap dipelihara. Ini jaminan keamanan negara kita.


"Jadi saya tidak cenderung untuk rakyat dipesongkan dengan sentimen ini," katanya ketika ditemui pemberita usai merasmikan pameran orientalism painting di Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur, petang tadi.


Ahli Parlimen Tambun itu juga membawakan contoh kejayaan Kerajaan Madani ketika ini dalam membanteras rasuah. Sedangkan 3 tahun lalu Pas pernah menjadi kerajaan namun tidak berupaya membawa perasuah perasuah besar ke muka pengadilan.


"Yang tidak dijawab mengapa sekarang kita boleh ambil tindakan tegas hentikan rompakan.


"Saya tahu ada kalangan tokoh tokoh lama, dia kata buat apa nak korek yang lama lama. Bukan saya korek, harta rakyat mesti dipulangkan. Kalau tengok naratif yang lama lama, di kalangan orang yang ada kes sekali pun, kalau tengok dia takut disiasat. (Tetapi) kamu dah ambil pulangkanlah balik," katanya.


Pengerusi PH itu juga mahu Pas melihat apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan dalam tempoh 7 bulan mentadbir, bukannya hanya mencari kelemahan dan mengadu domba.


"Bagi saya yang sukses apa? Kita pertahankan Perlembagaan, kita tingkatkan makna bahasa, budaya, Islam, banteras kemiskinan, keharmonian antara kaum dan yang utama hentikan amalan guna kuasa dan kedudukan merompak harta rakyat


"Ini yang patut ditekankan oleh parti Kerajaan Perpaduan dan pembangkang," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page