top of page

Kekecohan pekerja asing: Pihak pengurusan bertanggungjawab jaga ketenteraman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 23
  • 2 min read

Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memberi jaminan akan terus memantau secara rapi pengurusan penginapan pekerja serta bekerjasama sepenuhnya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) susulan insiden kekecohan membabitkan pekerja asing di Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ), Summit Hotel, Bukit Mertajam, malam Jumaat lalu.


Menterinya, Steven Sim Chee Keong (gambar) berkata, pihaknya sememangnya memandang serius isu berkenaan dan menyifatkan pengurusan CLQ bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesejahteraan penghuni, termasuk dari segi keselamatan, kebersihan dan ketenteraman sosial di premis mereka.


''Siasatan awal Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) mendapati, CLQ tersebut memiliki Perakuan Penginapan (COA) yang sah sehingga 2027 di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) yang menempatkan 1,113 pekerja asing dari Bangladesh (946), Nepal (129), dan Myanmar (38) daripada lapan (8) buah syarikat.


''Lesen operasi CLQ ini dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengikut Garis Panduan Negeri Pulau Pinang.


''Pihak kerajaan tempatan mempunyai kuasa untuk menarik balik lesen penginapan jika wujud kacau ganggu terhadap komuniti setempat termasuk isu keselamatan awam, kebersihan atau bunyi bising berlebihan yang menjejaskan ketenteraman kawasan perumahan dan perniagaan sekitar.


''Kewujudan CLQ mengikut Akta 446 ini amat penting bagi memastikan keperluan asas pekerja asing terjamin, tetapi syarikat yang mengoperasikan CLQ juga perlu bertanggungjawab memastikan keamanan dan mengawasi tempat kediaman mereka," katanya dalam satu kenyataan.


Steven menambah, jika terdapat aduan yang disahkan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) boleh membatalkan lesen operasi dan kelulusan COA oleh JTKSM akan turut terbatal secara automatik.


Jelas beliau lagi, Ketua Pengarah JTKSM juga mempunyai kuasa di bawah Seksyen 24C dan 24J(b) Akta 446 untuk mentadbir dan mengawalselia penginapan pekerja, termasuk memastikan langkah pencegahan bagi keselamatan dan kesejahteraan mereka diambil.


Sekiranya berlaku pelanggaran katanya, tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan termasuk denda sehingga RM50,000 terhadap majikan atau penyedia penginapan.


Menurut laporan media sebelum ini, seramai 46 lelaki warga asing ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden kekecohan di pekarangan hotel berkenaan.


Steven dipetik berkata, ia berpunca daripada rasa tidak puas hati sekumpulan pekerja migran terhadap seorang penyelia yang dipercayai mengambil wang mereka bagi tujuan tertentu tanpa pengetahuan pihak majikan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page