top of page

'Kekang pemikiran ala-takfiri, lancarkan arus reformasi'

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 10, 2023
  • 1 min read


Setahun Kerajaan Madani berkuasa dan mencuba melakukan islah atau reformasi sedaya upaya, kesannya tidak begitu besar terutama ke atas orang Melayu iaitu pengundi terbesar di Malaysia.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, penghalang kepada kelancaran arus perubahan dalam negara dikesan adalah daripada penyebaran pemikiran 'ala-takfiri' yang ditanam oleh pembangkang ke dalam minda orang Melayu, terutama generasi muda.


Katanya, biar pun tidak sampai ke tahap ekstrem namun pemikiran berkenaan telah menyebabkan 'mental block' dalam kalangan Melayu sehingga apa sahaja yang dilakukan kerajaan dianggap buruk dan tidak Islamik tanpa menimbangkan pro-kontra terlebih dahulu.


"Antara penyebab kegagalan kerajaan dalam memperkenalkan reformasi total adalah kerana tidak mengekang pemikiran ala takfiri.


"Bila tidak mengekang pemikiran ini, mental block itu menghalang masyarakat daripada melihat perubahan atau reformasi yang ingin kerajaan buat


"Untuk memastikan kerajaan boleh deliver dengan lebih baik untuk tahun kedua, bagi pandangan saya, kerajaan mahu tidak mahu mesti mengekang pemikiran ala takfiri kerana ia menghalang maklumat daripada disampaikan dengan betul (ke bawah)," katanya.

Ahmad Nadhir Yop

Menurut beliau, pemikiran ala takfiri itu menyebabkan mustahil berlaku kebangkitan pengaruh Kerajaan Perpaduan di negeri negeri lingkaran Melayu seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kerana telah dihasut bahawa setiap dasar dan pendekatan Kerajaan Persekutuan tidak berpandukan Islam sebenar.


Beliau juga mencadangkan Kerajaan Perpaduan agar menguatkuasakan undang undang secara lebih tegas dengan mendakwa penyebar fitnah terutama pempengaruh pro pembangkang yang memang secara terang terangan dibayar dan melakukan serangan fitnah pada setiap hari.


"Jadi kerajaan kena tegas dalam mengekang pemikiran ala takfiri dari sudut kuatkuasa undang undang dan pendidikan


"Yang lebih utama kuatkuasa undang undang. Tahan yang suka buat fitnah di media sosial, kedua balik kepada pendidikan dan ketiga mengekang penggunaan media secara berlebihan buat fitnah. Kena ada regulasi yang lebih tegas," katanya lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page