Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bekerjasama dengan penyedia platform media sosial bagi mengekang berita palsu yang berleluasa.
Menurut menterinya, Ahmad Fahmi Fadzil, selain kementerian telah menubuhkan jawatankuasa menangani berita palsu kerjasama dengan penyedia perkhidmatan juga penting dalam menangai berita palsu yang direka cipta hampir menyamai berita sebenar.
"Sekarang ini berita palsu hampir benar. Dia (misalnya) guna ambar Perdana Menteri tetapi maklumat yang disampaikan langsung tidak ada kaitan.
"Jadi algoritma dan kecerdasan buatan bagi penyedia perkhidmatan media sosial boleh ditambah baik dan kita alu alukan kerjasama diberi oleh hampir semua (penyedia).
"Banyak aduan kami terima dalam isu berita palsu dan perkhidmatan palsu (scam). Penyedia perkhidman pembersihan. Tetapi langsung duit hilang, tidak ada aktiviti (pembersihan) yang disediakan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pelancaran Ulang Tahun ke-10 Klik Dengan Bijak anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), tengah hari tadi.
Bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, berita palsu juga amat perlu dikekang menjelang Pilihan Raya Negeri antara 3 - 5 bulan ke hadapan bagi mengelakkan rakyat terkeliru dengan propaganda yang dimainkan sebagaimana pada Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.
"Kita nak elak bukan hanya berita palsu tetapi aktiviti scam. Kerjasama yang erat boleh dijalin pada masa depan. Bukan hanya 6 (negeri) PRN ini tetapi pihak kerajaan mempunyai ruang untuk menyatakan berita palsu ini boleh dikekang dengan segera," katanya.
Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) anjuran MCMC adalah inisiatif untuk mendidik pengguna internet menggunakan kemudahan medium tersebut dengan bijak.
Menurut Fahmi, sehingga 2023, inisiatif KDB yang bermula sejak 2012 itu telahpun mencapai lebih 7 juta capaian peserta melalui pelbagai program dan aktiviti yang telah dijalankan antaranya pameran, kempen, taklimat, pertandingan, forum dan seminar.
Bermula tahun 2020, KDB juga telah memperkenalkan MyCybergenius yang merupakan kaedah penilaian advokasi dan pengumpulan data maklumat tahap pemahaman peserta terhadap modul-modul KDB.
Kommentare