top of page

'Kekalkan suasana harmoni, pertandingan adik beradik dalam KEADILAN'



Pemilihan KEADILAN 2022 mencatat rekod dengan calon tebanyak mengambil bahagian sekitar 11,000 orang tetapi berjalan dalam keadaan yang cukup harmoni.


Menurut calon Timbalan Ketua Wanita KEADILAN pusat, Datin Faizah Arifin (gambar, kanan), suasana pemilihan yang berjalan lancar kali ini wajar dikekalkan dan siapa pun yang terpilih sebagai pemimpin perlu diterima oleh semua anggota.


"Saya lihat kali ini (pemilihan) lebih harmoni dan keadaan lebih kepada pertandingan adik beradik keluarga besar KEADILAN. Itu saya rasa perkara yang perlu kita kekalkan.


"Terutama cabang Hulu Selangor, siapa sahaja yang dinobatkan sebagai ketua cabang kita terima, di peringkat pusat saya sebenarnya berentap dengan di sebelah ini (Juwairiya) jawatan timbalan ketua wanita pusat tetapi kami percaya ini adalah amanah besar, dan kami menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti


"Apa yang lebih penting selepas ini ialah mendepani PRU 15 yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi. Saya harap anggota boleh mengekalkan keharmonian sebegini rupa," katanya ketika ditemui di pusat pengundian Hulu Selangor, pagi tadi.



Juwairiya (kiri) mengharapkan suasana harmoni akan mengukuhkan KEADILAN selepas pemilihan

Faizah yang kembali ke kampung halamannya di kawasan berkenaan diapit oleh seorang lagi calon Timbakan Ketua Wanita KEADILAN pusat, Juwairiya Zulkifli yang juga Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati.


Juwairiya turut mengakui pemilihan kali ini berlangsung dalam suasana cukup harmoni dan mahukan KEADILAN bertaut lebih kukuh seusai pemilihan menuju PRU ke 15.


"Saya mengucapkan selamat mengundi kepada semua. Hari ini yang terakhir kepada cabang yang bertanding.


"Pilihlah yang terbaik. Semua calon dari pusat juga turun padang. Ramai dari pimpinan baik AMK, wanita dan juga naib presiden.


"Hulu Selangor adalah antara cabang teramai dan dijangka hampir 3000 akan turun mengundi secara fizikal. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua calon dan juga pengundi," katanya.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page