top of page

Kekalkan Malaysia negara punyai rangkaian sosial kukuh



Oleh: Akmal Manaf


Malaysia perlu dikekal dan ditingkatkan sebagai negara yang mempunyai rangkaian sosial kukuh dan penyertaan sivik yang tinggi


Ahli Parlimen William Leong Jee Keen (PH-Selayang) berkata, sokongan terhadap penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang tanggungjawab memperkukuhkan semangat perpaduan antara kaum di negara ini perlu digalas semua rakyat.


Beliau berkata, indeks antarabangsa berkaitan nilai perpaduan menunjukkan Malaysia menduduki tangga atas berbanding negara lain.


"Mengambil contoh indeks yang dijalankan badan pemikir Jerman, Malaysia dicirikan sebagai negara yang mempunyai tahap kesepaduan sosial yang baik.


"Selain itu, Malaysia juga dikategorikan mempunyai kekuatan seperti rangkaian sosial yang kukuh, kepercayaan yang teguh terhadap institusi dan tahap solidariti selain tahap keprihatinan dan penyertaan sivik yang tinggi,'' katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.


Walau bagaimanapun kata William Leong, dalam mengakui kekuatan yang dimiliki Malaysia seperti keupayaan rencam masyarakat dalam mencapai kesepakatan, adalah penting untuk melihat kepada kelemahan yang masih ada.


''Penting juga untuk kita mengakui kelemahan yang masih diwarisi terutamanya dalam usaha untuk memupuk keterangkuman yang lebih kukuh dalam kalangan masyarakat,'' ujarnya lagi dalam perbahasan sesi pagi Dewan Rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page