top of page

'Kekalkan idealisme KEADILAN, jangan selesa duduk dalam kerajaan'




Oleh: Helmi Mohd Foad


Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita KEADILAN perlu terus mengekalkan idealisme parti dengan memastikan mereka mempunyai kekuatan dalam menghadapi pelbagai cabaran.


Timbalan Presiden Keadilan, Rafizi Ramli menegaskan, kepimpinan dan anggota kedua-dua sayap juga perlu mengembangkan bakat serta kemahiran pengurusan organisasi agar parti dapat berkembang pada masa depan.


Beliau mengingatkan, kerajaan yang ada tidak semestinya kekal selama lebih dua penggal dan mereka boleh kekal dengan kedudukan yang sedia ada.


"Zaman (ini) kerajaan tidak kekal lebih dua penggal, kalau dapat jawatan kamu nakal.... memang senang lima tahun tapi lepas itu duduk di dalam (penjara)," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Nasional Wanita Tahunan Wanita Keadilan ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.


Hadir sama Ketua Wanita Keadilan Fadhlina Sidek yang juga Menteri Pendidikan dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abd Halim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.


Hadir sama wakil-wakil dari parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan wakil kedutaan asing serta pertubuhan bukan kerajaan.


Kongres bermula hari ini hingga esok bertemakan Memakna Reformasi, Menjulang Madani diadakan buat kali pertama selepas setahun Kerajaan Perpaduan ditubuhkan tahun lalu.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi turut mengingatkan tentang cabaran parti apabila mereka sebenarnya tidak semestinya mendapat sokongan padu daripada kumpulan umur mereka, termasuk dari segi segmen besar anak muda Melayu.


Jelasnya keadaan sekarang juga berbeza apabila dahulu seseorang yang mendapat kedudukan dalam kerajaan akan kekal dalam tempoh yang lama.


Pada waktu ini, keseronokan dalam jawatan, katanya tidak kekal lama.


"Kalau idealisme mengenai pangkat, kedudukan kerjaya, jawatan berapa kerat sangat dapat peluang dan kalau dapat peluang berapa kerat sangat yang boleh tahan dan pikul cabaran.


"Bukan zaman dulu ada jawatan kerajaan maknanya kaya-raya. Zaman sekarang (jadi) kerajaan kamu salah sedikit bukan sahaja pihak berkuasa tangkap, parti akan buang," katanya.


Beliau turut mengimbas bagaimana generasi awal kepimpinan parti memperlihatkan ramai yang tumpas dan tercicir kerana mengambil jalan singkat dengan melompat parti.


"Kasihan kawan-kawan, saya simpati kepada mereka, tetapi hendak buat macam mana, kamu tidak sabar dan ambil jalan pintas kerana idealisme tidak kuat


"Kalau idealisme kuat, kalau betul marilah (datang) cabaran susah macam mana pun, InshaAllah daripada idealisme itu bercambah kreativiti dan akan buat kental mencari jalan, gagah tidak takut apa-apa cabaran, itu dilihat sebagai kelebihan, macam itulah parti ini dibina dari awal," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page