top of page

Kekalkan hubungan silaturahim, walaupun tidak dapat berziarah


Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir menyeru umat Islam supaya terus mengekalkan hubungan erat antara satu sama lain walaupun tidak dapat berziarah dengan merentas negeri tahun ini.


Beliau berkata, kekangan itu mengajar setiap individu untuk terus mengukuhkan hubungan sedia ada.


"Kehadiran Syawal kita sambut dengan laungan takbir raya sebagai tanda kemenangan disamping menginsafi dan memohon kemaafan.


"Dengan ketidak tentuan pandemik Covid-19, wajarlah kita ambil langkah berhati-hati demi kesihatan dan keselamatan keluarga kita.


"Kepada saudara mara, jiran tetangga dan sahabat-handai, tidak mengapa tiada ziarah tahun ini tetapi kita usahakan untuk kekalkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim," katanya.


Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru turut menghargai jasa dan pengorbanan AMK dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru.


"Kepada teman pimpinan dan anggota AMK, saya hargai usaha bersama mengangkat suara-suara rakyat dan santuni kebajikan mereka. Teruskan perjuangan. Insyallah kita jumpa di Kongres nanti.


"Kepada pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi, terima kasih atas kerjasama yang diberikan kepada Pusat Khidmat Rakyat #ParlimenJB. Moga kalian sama-sama dapat mempertahankan integriti dan berkhidmat sebaiknya.


"Kepada sukarelawan serta krew KEADILAN dan Parlimen Johor Bahru, terima kasih atas pengorbanan dan kerja keras menyantuni masyarakat setempat, maaf kalau ada salah silap atau terkasar bahasa. Bagi saya, team ini adalah yang terbaik.


"Kepada rakan-rakan yang mengenali atau mengikuti saya, terima kasih atas persahabatan dan sokongan yang diberikan.


"Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Juga solidariti buat rakyat Palestin serta masyarakat dunia yang berdepan dengan kekejaman dan keganasan. Kita sewajarnya mengutuk dan menolak sebarang bentuk penindasan dan kezaliman ke atas umat Islam dan umat manusia," katanya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page