top of page

Kekal semangat setiakawan sepanjang kempen pemilihan - Amirudin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari mengingatkan semua calon dan penyokong parti agar mengekalkan semangat setiakawan sepanjang proses pemilihan yang sedang berlangsung.


Menurut beliau, pemilihan ini merupakan platform untuk calon menampilkan idea serta gagasan secara matang, selain menjadi ruang menilai prestasi sepanjang penggal lalu.


Justeru, semua pihak wajar mematuhi tatacara yang digariskan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dengan menjaga tertib sepanjang kempen dan mengelak sebarang bentuk serangan peribadi.


"Saya menggesa semua sahabat seperjuangan untuk terus istiqamah berkempen berpaksikan semangat setiakawan.


"Jangan terbabit serangan peribadi, fitnah dan tuduhan tidak berasas. Itu bukanlah amalan yang ingin kita lihat dalam proses pemilihan sebuah parti ‘reform.


"Sebagai parti teras dalam Kerajaan Perpaduan, rakyat akan melihat segala tindak tanduk serta perbuatan kita," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Pada pemilihan kali ini, Amirudin bertanding bagi mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden KEADILAN.


Dengan tema kempen ‘Reformasi Cita Bangsa’, beliau menyatakan tekad untuk terus merapatkan saf anggota KEADILAN dan memperkuat hubungan bersama parti komponen kerajaan perpaduan bagi menyusun langkah memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page