Kejujuran politik: 'Umno perlu belajar dari KEADILAN perangai Pas'



Menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, kejujuran politik amat penting dalam mana-mana pakatan politik yang akan ditubuhkan.


Dalam hal berkenaan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi nasihat kepada Umno agar berhati-hati dengan perangai 'sailang' Pas dalam pembahagian kerusi.


Katanya, KEADILAN banyak pengalaman bersama Pas sejak PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013. Dalam perundingan kerusi, kata Saifuddin, perjanjian dibuat secara bertulis di antara Pas, KEADILAN dan DAP mengenai hak bertanding setiap parti tetapi kemudian dikhianati.


"Kami pernah lalui (situasi menyakitkan). Kerusi ini Pas, kerusi ini KEADILAN, kerusi ini DAP. Kerusi KEADILAN ditandatangan, Pas tandatangan dan DAP tandatangan. Rundingan selesai. Datang hari penamaan calon, Pas mengarak calon dia dengan KEADILAN (bertindih)," katanya dalam forum Borak Dahsyat: Politik penjajaran baharu PRU 15, anjuran Studio Jalan Kapar.


Selain itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu juga membawakan kisah perbincangan dengan Pas mengenai calon Perdana Menteri (PM) menjelang PRU 2013.


Katanya, Pakatan Rakyat (PR) dalam siri ceramah telah mengumumkan bahawa Ketua Umum KEADILAN pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM, namun sebulan sebelum PRU Pas menukar keputusan secara mengejut.


"Sebulan sebelum pembubaran Parlimen pimpinan Pas panggil mesyuarat di Hotel Concode, Shah Alam. Mesyuarat di pengerusikan oleh Tok Guru Nik Aziz. Datuk Harun Din ada, Ustaz Hadi ada, Mustafa Ali ada, saya hadir, Anwar hadir dan juga pimpinan KEADILAN.


"Topik perbincangan hari itu dimaklumkan Pas, mereka memilih Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) sebagai calon PM jika PR menang PRU 2013


"Saya bertanya, bukankah kita dalam PR setuju untuk Datuk Seri Anwar? (Dijawab) Pendekatan Islam Pas adalah kita tak menamakan calon PM sebelum menang PRU. Kita takkan menyokong orang yang nak sangat satu-satu jawatan. Maka Pas pilih Ku Li. Ini disampaikan kepada kami sebulan sebelum PRU 2013, bayangkan," katanya.


Menurut Saifuddin lagi, Pas memberi pelbagai alasan kononnya Ku Li mempunyai pelbagai keistimewaan melayakkan beliau sebagai calon PM.


Menurut Pas, Ahli Parlimen Gua Musang itu mendapat sokongan Sabah dan Sarawak. Mendapat dokongan raja-raja, sokongan bukan Melayu dan juga sokongan anak-anak muda.


"Kita kata dalam PR tak pernah bangkit perkara itu. Mereka kata, yang ini kita berunding terus. Nik Aziz tanya Ku Li setuju dah ke? Hadi jawab setuju, kita dah jumpa 4 - 5 kali.


"Saya tanya pimpinan Pas yang lain Husam, Mahfuz Omar, Salahudin Ayub (Naib Presiden), Pas dah bincangkah dalam mesyuarat Dewan Harian, Ku Li PM? Mereka kata tak ada bincang, kita tak pernah bincang tajuk itu.


"Maksudnya berkawan dengan Pas, pembuat keputusan walaupun ada Jawatankuasa Pusat, Dewan Harian dan Lujnah Politik tetapi semua yang datang dari presiden parti adalah keputusan (muktamad)," katanya lagi.


Forum Borak Dahsyat malam tadi mengudang pemimpin Umno, Dr Puad Zarkashi bagi membincangkan penjajaran politik yang mungkin berlaku sebelum dan selepas PRU 15.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio