top of page

Kejohanan karate secara maya PeBS Bukit Melawati dapat sambutan



Kejohanan seni bela diri karate secara virtual (maya) dianjurkan oleh Penggerak Belia Selangor (PeBS) DUN Bukit Malawati bersama Persatuan Karate Daerah Kuala Selangor pada tahun lalu mendapat sambutan hangat.


Kelmarin berlangsung majlis penyerahan piala kejohanan yang pingat yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli.


Menurut kenyataan PeBS, kejohanan secara maya tersebut membabitkan lima disiplin iaitu 100 Punches, 100 Kicks, 100 Jump Rope, 100 Sit Ups dan 100 Push Ups berlangsung dari 15 Oktober hingga 15 November 2021 yang dilancarkan sempena Hari Sukan Negara 2021 oleh Juwairiya Zulkifli bersama Rensi Kathiravan Kandasamy.

ADN Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli

"Pemenang setiap kategori yang dipertandingkan ini menerima RM100 bersama Piala Kejohanan dan medal.


"Selain itu, semua peserta yang telah lengkapkan kelima-lima kategori akan diberi t-shirt kejohanan bersama medal. Sebanyak 100 peserta telah mengambil bahagian dan berjaya menghantar video sebagai bukti dan telah menerima hadiah-hadiah mereka," kata kenyataan berkenaan.


Menurut kenyataan itu lagi, hadir bersama adalah Pengerusi Persatuan Karate Daerah Kuala Selangor, Rensi K.Kathiravan; Shihan Thangaveloo Timb. Pengerusi Persatuan Karate Daerah Kuala Selangor, Sensei Muniandy Joy , Sensei Pavintheran Kandasamy , Tuan Gunasakaran Subramaniam KKI DUN Bukit Melawati


PeBS Bukit Melawati bersama Persatuan Karate Daerah Kuala Selangor serta Majlis Belia India Malaysia Negeri Selangor merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir serta menjayakan program tersebut

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page