Kejohanan futsal dekati golongan muda Alor Gajah
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Kejohanan Futsal Piala Ketua Cabang Alor Gajah, Tuan Khuzaire yang berlangsung baru baru ini bukan sahaja menjadi medan riadah dan pertandingan, malah turut membuka ruang memperkukuh hubungan komuniti serta mendekati golongan muda di kawasan berkenaan.
Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Melaka, Mohd Khuzaire Mohd Kamal berkata, penganjuran program sukan seumpama itu penting dalam membina semangat setiakawan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
"Alhamdulillah, selesai sudah Tournament Futsal Piala Ketua Cabang Alor Gajah.
"Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung," katanya dalam muat naik di media sosial.

Menurut beliau, aktiviti berkenaan turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan sesama komuniti, selain mendekati golongan anak muda di Alor Gajah.
"Penganjuran program sebegini bukan sekadar medan untuk beriadah dan berkompetisi, tetapi turut menjadi ruang untuk mengeratkan silaturahim, memperkukuh hubungan sesama komuniti serta mendekati golongan anak muda di Alor Gajah," katanya.
Mohd Khuzaire turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan berkenaan, termasuk urus setia, petugas, peserta dan penyokong.
"Kalah atau menang adalah adat pertandingan. Yang lebih penting ialah semangat setiakawan, disiplin dan ukhuwah yang kita bina bersama," katanya.
Beliau yang juga Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah berkata, usaha menganjurkan program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya golongan muda, akan diteruskan pada masa akan datang.
"InsyaAllah, kita teruskan lagi program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya anak muda di kawasan Alor Gajah.
"Sukan menyatukan kita," katanya.




Comments