top of page

Kejohanan Futsal Bawah 18 Tahun Piala Merdeka AMK PJ meriah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 24
  • 1 min read

Peserta Kejohanan Futsal Bawah 18 Tahun Piala Merdeka mendapat hadiah kemenangan
Peserta Kejohanan Futsal Bawah 18 Tahun Piala Merdeka mendapat hadiah kemenangan

Kejohanan Futsal Bawah 18 Tahun Piala Merdeka anjuran Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Petaling Jaya, Selangor berakhir dengan penuh semangat kesukanan dan mendapat sambutan hangat daripada anak muda setempat.


Menurut kenyataan AMK Petaling Jaya, kejohanan yang menghimpunkan pasukan remaja dari sekitar Petaling Jaya itu bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat, malah turut menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan.


"Tahniah kepada para pemenang serta semua pasukan yang telah menunjukkan semangat juang dan kesukanan yang tinggi di gelanggang," kata kenyataan itu.


Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan kepada para peserta, penyokong, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan tersebut.


"Semoga semangat kemerdekaan dan kesukanan terus hidup dalam diri anak muda kita. Jumpa di program seterusnya," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page