Kejohanan badminton Parlimen Kuantan sempena Merdeka 2026 meriah


Kejohanan Badminton Terbuka Parlimen Kuantan Sempena Merdeka 2026 anjuran bersama KEADILAN Kuantan dan Klinik Family Kuantan serta NY Power Solution telah berlangsung dengan jayanya di Gelanggang Badminton Taman Polo, Kuantan.
Kejohanan yang bermula jam 5.00 petang itu menyaksikan penyertaan seramai 40 pasukan dari pelbagai latar belakang kaum yang bersaing dalam semangat muhibah dan kesukanan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi. Turut hadir Naib Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Jeff Lee Chee Mun.
Suasana perlawanan berlangsung sengit menyaksikan pelbagai aksi menarik di atas gelanggang.
Dalam pada itu, Fakhrul Anuar Zulkawi yang berucap merasmikan kejohanan itu berkata program tersebut menajdi wadah terbaik untuk menyemarakkan semangat Malaysia Madani dan patriotisme, selain memupuk gaya hidup sihat serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga Kuantan.
Beliau turut menyampaikan cenderahati dan plak penghargaan kepada penganjur bersama sebagai tanda terima kasih atas kerjasama menjayakan kejohanan.
Kejohanan diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai melibatkan semua 40 pasukan, penganjur dan kepimpinan cabang dalam suasana penuh ceria dan semangat Merdeka.
KEADILAN Kuantan merakamkan penghargaan kepada semua peserta, sukarelawan dan penaja yang telah menjayakan kejohanan ini.




Comments