top of page

Kejayaan Wikimedia Malaysia bukti kecemerlangan mahasiswa tempatan



Kejayaan Wikimedia Malaysia dalam menyunting hampir 300 terbitan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam masa 24 jam dalam program cabaran Editathon baru baru ini yang dianjurkan dengan kerjasama Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia dan Kedutaan Sweden amat membanggakan negara.


Menurut Setiausaha Pengelola Biro Pendidikan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Arif Fikri, program yang diadakan pada 16 sehingga 18 Jun 2023 itu dan disiarkan dalam platform online mstar.com telah membuktikan keupayaan sebenar mahasiswa Malaysia.


"Program ini berjaya mengumpulkan sejumlah 65 orang mahasiswa daripada seluruh pelosok negara. Mereka telah menyunting artikel berkaitan demokrasi dan juga penterjemahan artikel dalam hampir 300 terbitan dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu dalam masa 24 jam sahaja


"AMK Malaysia khususnya Biro Pendidikan kagum dengan pencapaian tersebut. Sekalung Tahniah dan ribuan Terima kasih diucapkan kepada Wikimedia Malaysia terutama pada saudara Taufik.


"Beliau telah menggalas tanggungjawab ini dengan sempurna sejajar dengan konsep Malaysia Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjulang tinggi Bahasa Kebangsaan," Arif dalam satu kenyataan.


Kejayaan itu juga, kata beliau, merupakan ‘eye opener’ di peringkat antarabangsa terhadap mahasiswa Malaysia demi mendidik anak bangsa di menara gading sama ada di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau IPT Swasta untuk lebih memahami erti demokrasi sebenar.


"Biro Pendidikan percaya inisiatif inisiatif sebegini harus diteruskan dengan lebih banyak lagi terutama dalam memupuk semangat inkuiri dan pemikiran kritikal dalam kalangan anak muda kita.


"(Ia juga mendidik) informasi dan maklumat seharusnya disahihkan dahulu sebelum sebarang penyebaran maklumat tersebut dilakukan seperti yang boleh dilihat dalam Wikipedia yang mempunyai sistem untuk mensahihkan artikel atau maklumat sebelum ia boleh terus kekal di dalam halaman Wikipedia," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page