top of page

Kejayaan Sarawak jadi gergasi ekonomi hasil kestabilan politik - Anwar



Sarawak merupakan negeri terbaharu yang muncul sebagai kuasa ekonomi di Malaysia selain Selangor, Pulau Pinang dan Johor.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan Sarawak tersebut bukan sahaja kerana kebijaksanaan pentadbiran negeri dalam mengutamakan aspek inovasi dan pelaburan industri berteknologi tinggi tetapi juga kerana kestabilan politik negeri itu yang berilang bangsa, suku kaum dan agama.


"Dalam amanat, saya singgung kejayaan Sarawak bangkit dan melonjak menjadi antara gergasi ekonomi di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan hasil kestabilan politik, dasar yang jelas serta keseriusan pemimpin dalam mengangkat martabat negeri dan rakyat.


"Sarawak tidak sekadar mencapai kejayaan luar biasa dalam sektor tenaga, malah turut melonjak dalam bidang-bidang baharu seperti teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan sekuriti makanan. Pencapaian ini bukan saja membanggakan negeri, bahkan Malaysia secara keseluruhannya.


"Saya percaya Sarawak miliki potensi besar untuk terus melakar kejayaan luar biasa jika dasar ekonomi yang dirangka tidak sekadar mahu mengejar kemajuan negeri-negeri lain, tetapi bermatlamat melangkaui hingga ke tingkat lebih tinggi daripada itu," katanya dalam catatan di Facebook.


DS Anwar bersama pimpinan Sarawak meraikan majis Hari Gawai peringkat negeri

Anwar berkata demikian selepas merasmikan Majlis Makan Malam Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024 di Kuching malam tadi bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pimpinan persekutuan dan negeri.


Beliau juga memberi jaminan akan segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 yang telah dipersetujui segala syarat dan hak hak bersama Persekutuan dan Sarawak.


"Di akhir amanat, saya ulangi pendirian dan komitmen Kerajaan MADANI untuk segera melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dan sedia berbincang bagi menyelesaikan apa jua perkara berbangkit berteraskan kepercayaan dan rasa hormat," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page