top of page

‘Kejayaan Reformasi bukan diukur jumlah menteri’ - Saifuddin



Oleh: Abdullah Zaid


Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin menegaskan kejayaan Reformasi akan diukur berdasarkan inisiatif dan dasar yang baik kepada rakyat bukan selainnya.


Jelasnya, ukuran tidak bergantung kepada jumlah jawatan menteri mahupun jumlah kerusi Parlimen atau DUN yang dimenangi parti.


"Kejayaan reformasi baik di mata kita mahu pun rakyat akan diukur selama mana kita berjaya menterjemahkan kepada dasar dan program


"Ukuran itu bukan berapa ramai Menteri daripada blok KEADILAN, Menteri Besar, kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi


"Sebaliknya bila memegang tampuk kuasa, berjaya menterjemahkan reformasi dan dilaksanakam kepada rakyat," katanya dalam ucapan Konvensyen 25 Tahun KEADILAN di Shah Alam, hari ini.


Menurut beliau, tugas KEADILAN yang sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan dalam ekonomi negara adalah memastikan pengurusan kewangan negara dilakukan dengan penuh bijaksana.


"Kita mungkin terpaksa melakukan perkara yang tepat dari sudut jangka pendek

"Sebab itu kita bercakap mengenai subsidi bersasar dan mewujudkan PADU supaya asas kerja kemas (pelaksanaan) dibuat dengan betul," ujarnya lagi.


Sambutan 25 tahun KEADILAN tertumpu di Pusat Konvensional Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini bertujuan meraikan sokongan dan dokongan anggota-anggota dan penyokong perjuangan reformasi sebagai tanda penghargaan parti di atas sumbangan semua pihak yang meletakkan KEADILAN di kedudukan sekarang ini.


Kemuncak konvensyen ulang tahun Jubli Perak itu dijangka berakhir pada 1.00 petang dengan amanat Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dengan peluncuran Dokumen KEMAS16 dan POP25.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page