top of page

Kejayaan Perjanjian Damai Thailand–Kemboja simbol kebangkitan ASEAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membuktikan bahawa diplomasi, dialog dan konsensus menjadi teras kemakmuran ASEAN.


Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, kejayaan Perjanjian Damai Thailand–Kemboja (KL Peace Accord 2025) yang ditandatangani Ahad lalu menjadi detik bersejarah yang menzahirkan keupayaan ASEAN mengekalkan keamanan serantau.


"Kita tentunya berbangga dengan Majlis Menandatangani Perjanjian Damai Thailand-Kemboja (KL Peace Accord 2025) yang menjadi detik bersejarah bukan sahaja bagi dua negara itu, tetapi juga bagi seluruh ASEAN


"Perjanjian ini menjadi perintis kepada olahan baru pengurusan konflik berasaskan keamanan serantau dengan Malaysia adalah jambatan ke arah kejayaannya dan Anwar Ibrahim sebagai arkitek yang memastikan rundingan berjaya," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.


Saifuddin yang juga Ketua Penerangan KEADILAN Selangor sementara itu menegaskan, kejayaan tersebut bukan sahaja telah membuktikan bahawa kepimpinan Malaysia mampu menjadi jambatan ke arah perdamaian dan kemakmuran rantau.


Malah bakal membawa impak langsung yang signifikan kepada ASEAN termasuk mengembalikan keyakinan terhadap diplomasi ASEAN berpaksikan prinsip Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) yang ironinya dimeterai di Kuala Lumpur pada 1971.


"Kejayaan ini juga menjadi model penyelesaian konflik serantau yang berpaksikan kesefahaman dan kemanusiaan, bukan ketenteraan sekaligus menyampaikan mesej jelas kepada dunia bahawa Asia Tenggara — dengan 700 juta penduduk — komited kepada kestabilan, pelaburan dan pembangunan ekonomi jangka panjang," tambahnya.


Saifuddin sementara itu turut melahirkan keyakinan, perjanjian bersejarah itu bakal menjadi detik permulaan kepada kebangkitan baharu ASEAN dengan berpaksikan kekuatan ekonomi, perpaduan sosial dan nilai kemanusiaan sejagat.


Justeru tegasnya, kesinambungan perjanjian damai ini wajar disusuli dan diterjemahkan kepada bukti nyata melalui kebangkitan ekonomi, kekuatan sosial serta nilai kemanusiaan bagi seluruh rantau.


"Tidak dapat dinafikan bahawa KL Peace Accord 2025 menjadi titik tolak kepada pendekatan baharu ASEAN.


"Kejayaan perjanjian ini juga secara langsung memperkukuh imej Malaysia sebagai peneraju diplomasi serantau. Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sendiri memuji pendekatan Malaysia yang selaras dengan nilai MADANI — menekankan kemanusiaan, kerjasama dan konsensus


"Peranan Malaysia dan PMX wajar dibanggakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menempatkan dirinya sebagai satu sosok yang terbukti disegani," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page