top of page

Kejayaan negara tuntut komitmen seluruh perkhidmatan awam



Kejayaan negara boleh dicapai dengan semangat gigih berusaha dan komitmen seluruh perkhidmatan awam.


Hal itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan di majlis perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama jabatan kerajaan di Dewan De Seri Endon, Putrajaya pagi ini.


Beliau memulakan ucapan dengan maksud ayat al Quran dan tafsiran ulama berkenaan pembebasan penghambaan ke atas rakyat yang mesti dilaksanakan di Malaysia.


"Kalau nak menentukan kejayaan mestilah dengan semangat dan komimen menyeluruh perkhidmatan awam untuk menjadikan Malaysia Madani.


"Saya tidak mahu terpengaruh dengan slogan, anjakan paradigma, ada anjakan tetapi tidak cukup. Ada wawasan, Islam Hadhari. Saya tidak mahu tambah (menghafal slogan) tetapi maksud kita itu, bermula dengan Jemaah Menteri bekerja dengan penjawat awam sebagai satu pasukan dengan elemen amanah dan kepercayaan.


"Kerja kita ini membebaskan rakyat dan negara," katanya.



Dalam ucapan itu juga Anwar berpuas hati terhadap beberapa kejayaan dalam beberapa bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan namun katanya masih banyak ruang untuk diperbaiki prestasi.


"Adakah wujud kejayaan dalam beberapa bulan? Ya, ada kesungguhan seperti dasar pekerja asing, masalah banjir bawah (kendalian) Timbalan Perdana Menteri Zahid, jadi (saya lihat) ada keinginan rakan rakan baik pimpinan atau penjawat awam mengorak langkah yang lebih pantas dan bertanggungjawab," katanya.


Dalam pada itu, Awnar juga menegur agar diperbaiki hal hal berkenaan perkhidmatan kepada rakyat. Misalnya, beliau prihatin dengan tempoh menunggu lama atau mengenai kemiskinan yang masih perlu diperbaiki dari semasa ke semasa.


"Tetapi tentunya di peringkat penguatkuasaan wujud kecuaian. Kita kata bebaskan perhambaan (kesukaran rakyat) tetapi terpaksa berbaris berjam jam dapatkan lesen sebagainya, perlu diperbaiki. Saya selalu fikir apakah saya yang terpaksa berbaris di situ.


"Begitu kajian EPU dalam miskin tegar dan sebagainya menurun, namun apa kata keluarga saya dalam kategori itu," katanya.


Anwar memberitahu bahawa pentadbirannya telah memperoleh rentak dalam mentadbir negara biar pun sebelumnya bukan dari gabungan politik yang sama malah pernah berbenturan beberapa kali.


Namun apa yang penting, kata Anwar adalah untuk memastikan agenda Malaysia Madani yang mengutamakan rakyat menjadi kenyataan


0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page