top of page

Kejayaan M'sia pimpin ASEAN: 'Dunia hormat, pembangkang cemburu buta'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 2 min read

ree

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar, menegaskan bahawa kejayaan Malaysia mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 merupakan bukti keupayaan kepimpinan negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), yang berprinsip, berwibawa dan dihormati dunia.


Beliau berkata, sidang kemuncak yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini membuktikan ASEAN kekal bersatu, stabil dan berpandangan jauh dalam mendepani cabaran global di bawah teraju Malaysia.


"Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 berjaya mengemudi sidang kemuncak ini dengan penuh wibawa , memastikan setiap perbincangan menghasilkan tindakan konkrit dalam bidang ekonomi, keselamatan, digital, tenaga hijau dan keterangkuman sosial," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Mahfuz, kepimpinan Malaysia telah menghasilkan pencapaian penting termasuk pemuktamadan ASEAN Community Vision 2045, yang menjadi hala tuju baharu rantau ke arah ekonomi hijau, digital dan inklusif.


"Kini ASEAN muncul sebagai kuasa ekonomi ke-5 dunia, dan Malaysia menjadi antara pemacu utama pertumbuhan serantau melalui kestabilan politik, dasar terbuka, serta diplomasi berwibawa yang diketuai PMX," ujarnya.


Beliau turut menyindir segelintir pihak pembangkang yang masih memilih untuk bermain politik fitnah dan tidak menghargai kejayaan negara di mata dunia.


"Ketika Malaysia dihormati di pentas antarabangsa, masih ada segelintir pihak di dalam negara yang memilih untuk memandang ke belakang, sibuk dengan politik fitnah dan cemburu buta. Ketika dunia memuji Malaysia yang memimpin dengan kepala tegak tetapi mereka memilih untuk terus menunduk mencari salah.


"Mereka gagal memahami bahawa diplomasi dan maruah negara tidak dibina dengan jeritan di pentas ceramah, tetapi dengan kebijaksanaan di meja rundingan," ujarnya.


Mahfuz menjelaskan bahawa kepimpinan Anwar telah menzahirkan pendekatan diplomasi berprinsip, mempertahan kedaulatan negara tanpa konfrontasi, namun tetap terbuka membina kerjasama untuk manfaat bersama.


Justeru, Mahfuz menyeru rakyat Malaysia untuk terus menyokong agenda keterbukaan ekonomi serantau, memperkukuh perpaduan nasional serta mengamalkan nilai-nilai Malaysia Madani seperti keadilan, ihsan dan tanggungjawab agar kejayaan ini diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat.


"Malaysia telah menunjukkan bahawa kepimpinan berteraskan rahmah, hikmah, prinsip dan keberanian boleh membawa maruah bangsa ke tahap tertinggi," jelasnya.


Mahfuz menegaskan, tahun kepengerusian ASEAN 2025 bukan penutup kejayaan, tetapi permulaan tanggungjawab bersama rakyat Malaysia untuk memastikan warisan diplomasi Malaysia kekal dihormati dan memberi manfaat kepada seluruh rantau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page