top of page

Kejayaan kongres Wanita, AMK bukti sidang Parlimen boleh dilakukan secara maya - Akmal


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) diseru melihat kejayaan sayap Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menganjurkan kongres tahunan secara maya untuk membenarkan sidang Parlimen diadakan secara tanpa kehadiran fizikal.


Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir berkata, kejayaan yang dibuktikan oleh kedua-dua sayap parti itu,termasuk mengadakan undian meluluskan usul, memperkukuhkan tuntutan agar sidang Parlimen diadakan secara atas talian.


"Semalam KEADILAN anjur Kongres Wanita, hari ini Kongres AMK. Segala semua boleh dibuat.


"Dulu dengan bangga kerajaan PN kata persidangan APEC (di Kuala Lumpur) dibuat secara maya. Perwakilan boleh berbahas di negara masing-masing.


"Hari ini bagi AMK, saya bercakap di Johor Bahru. Timbalan Pengerusi Tetap di Kedah. Naib-naib Ketua di Selangor. Sebenarnya perkara ini boleh dilaksanakan.


"Bukan sahaja boleh berbahas secara on line. Mengundi pun boleh guna fungsi angkat tangan menyokong sesuatu isu. Alasan remeh (kehadiran fizikal) dan lapuk itu tidak boleh digunakan," katanya dalam ucapan penutup Kongres AMK, petang tadi.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, kerajaan tidak boleh mencari dalih untuk tidak membuka sidang Parlimen. Malah sekiranya sidang perlu diadakan secara hibrid yang melibatkan kehadiran fizikal bagi sesetengah Ahli Parlimen, hal itu juga tidak merisikokan kesihatan individu yang hadir kerana mereka dan sebahagian petugas Parlimen telah memperolehi suntikan vaksin.


"Kita mahu Parlimen dibuka supaya suara-suara dalam sesuatu kawasan dapat didengari dan diolah di peringkat pembuat dasar.


"Apabila semalam Menteri Dalam Negeri keluar kenyataan Parlimen tidak boleh dibuka kerana ada 1,000 orang terlibat dalam proses Parlimen. Beliau juga mengambil contoh KEADILAN pun buat kongres secara maya.


"Maka kalau betul menteri ada komitmen. Kalau kerajaan boleh buat SOP untuk 32 juta orang mengapa tidak boleh buat untuk 1,000 orang (dalam proses sidang Parlimen). Sebahagian besar mereka ini telah diberi vaksin. Mengapa tutup Parlimen?" katanya.


Menyentuh mengenai mutu perbahasan AMK, Akmal berpuas hati dengan hujah-hujah yang dikemukakan.


Katanya, biar pun hujah anak muda agak panas namun mereka mempunyai fakta seputar isu ekonomi, kesihatan dan peranan anak muda


"Bagi anak muda, teguran itu perlu dinilai dengan sebaik-baiknya. Kami sebagai anak muda ingin meneruskan kelangsungan hidup. Kita bercakap mewakili rakan-rakan untuk keluar dari krisis (Covid 19) ini," katanya.


Akmal juga mahu Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengambil berat isu-isu yang dibawa perwakilan AMK, terutama usul menurunkan had umur keanggotaan AMK.


"Kalau boleh saya mohon untuk kita usulkan MPP beri ruang dalam soal AMK. Kita hadapi Undi 18, kita mahu sokongan anak muda yang lebih banyak.


"Oleh tu cakna politik perlu dimulakan lebih awal. Saya usul turunkan had umur AMK kepada umur 16 tahun. Had umur 18 ditetapkan ROS, maka menteri yang kata tak boleh bersidang itu, kena tumpu balik soal anak muda," katanya lagi.


Akmal mengakhiri Kongres Nasional Tahunan AMK 2020 dengan membaca puisi Sasterawan Negara Datuk Usman Awang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam penganjuran kongres maya pertama AMK berkenaan dan para pemerhati.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page