top of page

Kejayaan IPR: Peniaga mesin vending raih pendapatan RM21,000 sebulan



Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) ketika mula diperkenalkan mendapat kritikan luar biasa 'mewah' daripada pembangkang Perikatan Nasional.


Kononnya Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang banyak formula itu tidak mempunyai idea lebih bernas selain menggalakkan rakyat bertani atau menjual nasi lemak di mesin vending.


Bagi pempengaruh Najib Bakar, selepas setahun projek Kementerian Ekonomi itu berjalan, PN terdiam melihat hasilnya yang benar benar menambah pendapatan golongan sasar, malah pendapatan golongan peniaga B40 kini meningkat melepasi T20.


Hal itu dikongsi Najib dalam hantaran terbaharu di media sosial berhubung kejayaan peniaga mesin vending IPR di UiTM Machang, Kelantan yang diberitakan meraih pendapatan antara RM13,000 hingga RM21,000 sebulan.


"Alhamdulillah, rezeki peniaga ni. Memang laku keras di sana.


"Model perniagaan mesin vending IPR ni sangat berkesan kepada peniaga kecil untuk keluar dari garis kemiskinan.


"Sebelumnya peniaga ni meniaga kuih dapat untung bersih RM500 saja sebulan," katanya dalam catatan di Facebook.


Menurut Najib, dengan harga makanan yang murah serendah RM2 program IPR telah menyelesaikan masalah pendapatan tidak menentu kepada peniaga kecil.


Program itu, katanya, turut memberi pilihan kepada pelajar untuk mengisi perut dengan makanan murah terutama di tengah malam sewaktu restoran atau warung tutup. Peniaga tidak perlu mengupah pekerja menunggu di gerai melalui jualan secara vending.


Sewa lokasi mesin vending pula, katanya, ditanggung kerajaan dan peniaga tidak perlu membayarnya.


"Tahun 2024, akan lebih banyak mesin vending IPR dibuka di seluruh negara. Kepada yang dah mohon, saya doakan ada rezeki hampa (kamu).


"Kalau dapat peluang, jangan sia-siakan. InshaAllah, dengan kerja kuat, Allah akan bantu permudahkan," katanya.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page