top of page

Kejatuhan ringgit: Menteri Kewangan perlu fokus atasi masalah, bukan lepas tangan



Kenyataan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bahawa beliau tidak mahu terlalu tertumpu kepada kejatuhan nilai ringgit berbanding matawang utama dunia dan hanya mahu fokus kepada pertumbuhan ekonomi amat membimbangkan.


Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, kejatuahn nilai ringgit bukanlah masalah baharu, cuma dalam beberapa minggu ini kemerosotannya amat buruk menjadi RM4.50 untuk satu dollar Amerika Syarikat (AS).


Katanya, masalah kejatuhan ringgit sepatutnya telah ditangani oleh Zafrul sejak 2020 lagi apabila beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan.


"Harus sedar kejatuhan ringgit bukan baru-baru ini. Ianya telah memulakan tren penurunan sejak 20 tahun lepas. Hari ini, ringgit telah merosot sebanyak 32% berbanding dengan Singapore Dollar, 30% dengan China dan Thailand, 21% dengan Euro, dan 15% dengan AS Dollar.


"Maka boleh disimpulkan kejatuhan nilai mata wang ringgit adalah satu tren jangka masa panjang yang berterusan," katanya.


ADUN Semambu itu juga menjelaskan sebab utama kejatuhan ringgit berkaitan kemerosotan Pelaburan Langsung Asing (FDI).


Katanya, dari tahun 2000 hingga 2020 Malaysia hanya berjaya menarik 8% daripada jumlah FDI yang datang ke rantau ASEAN, berbanding dengan 24% sebelum tahun 1997. Sekarang, Singapura muncul sebagai pengumpul FDI terbesar dengan 55% daripada jumlah FDI yang datang ke rantau ini.


Di samping itu, jelasnya, struktur eksport Malaysia juga tidak dinaiktaraf. Dasar industrialisasi negara gagal mencetuskan pengesksportan barangan yang bernilai tinggi, sebaliknya terus bergantung kepada sektor elektronik serta bergantung kepada pekerja asing bergaji rendah.


Hal itu telah mengakibatkan ekonomi Malaysia lebih bergantung kepada komoditi, kelapa sawit, minyak dan gas sahaja. Katanya, sektor tidak diperbaharui itu tidak mampu membawa negara ke tahap yang lebih baik dalam 20 tahun yang akan datang.


"Punca kepada semua ini adalah tadbir urus yang lemah, persekitaran perniagaan yang tidak memberangsangkan dan penuh korupsi, serta kemimpinan yang tidak berkeupayaan.

"Saya terkilan Tengku Zafrul sebagai seorang Menteri Kanan tidak sedar penurunan ringgit adalah satu tren berterusan serta masalah struktur yang perlu ditangani oleh kerajaan.


"Beliau juga langsung tidak mengambil berat tentang kesusahan dan penderitaan yang dihadapi oleh rakyat akibat kenaikan harga barang yang berpunca daripada kejatuhan nilai mata ringgit. Apabila ringgit merosot, rakyat terpaksa menggunakan lebih ringgit untuk membeli barang keperluan yang perlu diimport seperti susu, daging lembu, koko, ubi kentang dan lain-lain.


"Maka sekiranya Tengku Zafrul tidak mengambil berat isu kejatuhan ringgit, harga barang akan naik dan terus naik," katanya lagi.


Justeru, Chean Chung hairan mengapakah isu sebegitu mudah dan boleh difahami oleh seorang ADUN biasa tidak boleh difahami oleh para menteri? Beliau bertanya, adakah belum sampai musim tengkujuh otak menteri-menteri Umno BN sudah dimasukki air?

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page