top of page

Kejatuhan nilai ringgit: Pas tidak faham tindak balas ekonomi global



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dakwaan pemimpin Pas yang cuba mengaitkan kejatuhan nilai ringgit disebabkan ketiadaan Menteri Kewangan sepenuh masa.


Sebaliknya tegas Anwar, kejatuhan nilai matawang termasuk ringgit disebabkan pelbagai faktor antaranya, dasar Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi kedudukan mata wang negara.


Senario tersebut kata Anwar tiada kena mengena dengan negara yang tidak mempunyai Menteri Kewangan sepenuh masa.


"Orang yang cadang itu kena baca laporan ekonomi dan kewangan sebagai memahami dasar dan kekangan situasi ekonomi antarabangsa yang wujud.


"Lebih baik jangan baca laporan Pas itu," katanya pada satu program di Putrajaya semalam.


Beliau sebelumnya mengulas tulisan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd Syahir Sulaiman yang disiarkan lidah rasmi parti itu.


Untuk rekod, Bank Negara Malaysia (BNM) melalui satu kenyataan minggu lalu menegaskan kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini bukan sesuatu yang unik.


Menurut bank pusat itu perkembangan semasa dalam pasaran kewangan global menjejaskan sentimen pasaran termasuk nilai matawang negara lain.


"Keadaan ini termasuk had siling hutang AS yang belum dapat diselesaikan serta episod tekanan sektor perbankan di AS dan Eropah.

"Hal ini telah menyebabkan meningkatnya permintaan terhadap aset selamat seperti dolar AS dan aliran keluar daripada kebanyakan ekonomi sedang pesat membangun apabila pelabur melindungi pelaburan mereka. Berlatarkan keadaan ini, dolar AS telah mengukuh berbanding dengan kebanyakan mata wang," kata kenyataan itu.


BNM dalam kenyataan sama turut menyatakan keyakinan bahawa mata wang tempatan akan bertambah baik apabila ketidaktentuan pasaran global kembali reda.


Dalam perkembangan sama, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli pada Rabu berkata tidak wajar untuk pembangkang menuding jari terhadap kerajaan semata-mata kerana saiz ekonomi Malaysia tidaklah sebesar mana dan amat dipengaruhi perkembangan ekonomi global.


"Ada perkara di luar kawalan kerajaan dan ada juga di bawah kawalan kita dalam menguruskan ekonomi.


"Maka sebab itu apabila anda lihat prestasi ringgit dari Disember hingga Januari, ia mengukuh kepada RM4.20 berbanding dolar AS kerana terdapat kestabilan politik dan ekonomi. Selebihnya, itu ia di luar kawalan kami," katanya dan menggesa rakyat menumpukan kepada perspektif jangka panjang ekonomi kerana hal itu sebenarnya akan jadi penentu asas pertumbuhan negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page