top of page

Kejatuhan Indeks Daya Saing: ‘Kerajaan terbuka, sedia baiki’ - PMX



Oleh: Abdullah Zaid


Kerajaan bersedia mengambil pendekatan terbuka susulan kejatuhan kedudukan Malaysia ke tangga ke-34 dalam Indeks Daya Saing Dunia (WCR) 2024.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkan laporan itu prestasi ekonomi Malaysia masih stabil namun mengakui ada beberapa perincian dalam laporan berkenaan perlu diambil tindakan segera.


"Dilaporkan kita tidak tegas dalam mengawal perbelanjaan keadaan defisit, kita masih melakukan peruntukan tambahan melalui STR dan i-Sara.


"Saya mengakui tetapi memikirkan kepentingan rakyat maka kita terpaksa lakukan (perbelanjaan defisit) dan ia menyebabkan prestasi ekonomi melemah," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Perdana Menteri berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Datuk Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai strategi kerajaan menambah baik kedudukan Indeks Daya Saing Dunia 2024.


Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, prestasi pertumbuhan ekonomi dan kedudukan ringgit serta penyasaran subsidi termasuk ayam dan diesel diyakini, dapat mengukuhkan semula kedudukan indeks negara.


"Ketiga-tiga perkara ini diambil perhatian kerajaan untuk diperbaiki terutama pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, prestasi ringgit yang semakin mengukuh dan penyasaran subsidi dalam termasuk ayam, diesel telah dilaksanakan, saya percaya kedudukan negara akan lebih baik," ujarnya.


Selain menyentuh soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH- Seri Gading) mengenai kemungkinan indeks kejatuhan indeks tersebut dipengaruhi faktor kestabilan politik, Anwar berkata, kerangka ekonomi MADANI dilihat mampu mengukuhkan semula kedudukan negara.


"Kalau dilihat prestasi suku tahun ini jauh lebih baik namun cabaran kita dalam hub semi konduktor perlu dilakukan dengan pantas melibatkan graduan TVET dan kejuruteraan kerana kita masih ketinggalan jadi langkah perubahan perlu dilakukan segera," ujarnya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page