top of page

Kejayaan Kerajaan MADANI hasil kestabilan dasar, kepercayaan rakyat – PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 28, 2025
  • 2 min read
Mengeratkan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan China antara kejayaan penting PM Anwar
Mengeratkan hubungan diplomatik dan ekonomi dengan China antara kejayaan penting PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kejayaan Kerajaan MADANI hari ini adalah hasil kestabilan dasar, keberanian melaksanakan reformasi serta kepercayaan padu yang diberikan oleh rakyat.


Menurut beliau, di peringkat domestik, kerajaan terus memperkukuh ekonomi negara melalui kemasukan pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan serta pelaksanaan agenda pertumbuhan yang bersifat inklusif.


"Kejayaan Kerajaan MADANI hari ini adalah hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi dan kepercayaan rakyat. Di dalam negara, ekonomi terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan agenda pertumbuhan yang inklusif," katanya dalam muat naik di media sosial dengan membariskan beberapa peristiwa penting yang dilalui beliau sepanjang tahun ini.


PM juga dalam hantaran terbaharu menjelaskan bahawa usaha kerajaan tidak terhad di dalam negara, malah diperkukuhkan di peringkat antarabangsa melalui hubungan strategik dengan pelbagai negara serta kumpulan kepimpinan dunia.

Kerajaan MADANI diiktiraf oleh kalangan ulama dari pelbagai latar belakang dan aliran pemikiran
Kerajaan MADANI diiktiraf oleh kalangan ulama dari pelbagai latar belakang dan aliran pemikiran

"Di peringkat antarabangsa, hubungan antara kerajaan dengan pelbagai negara dan kumpulan pemimpin telah membuka ruang pelaburan strategik serta memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia," ujarnya.


Anwar menekankan bahawa segala pencapaian yang direkodkan kerajaan bukan sekadar pencapaian di atas kertas, sebaliknya membawa manfaat langsung kepada rakyat.


"Segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan," katanya.


Sehubungan itu, beliau menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan MADANI akan terus bergerak ke hadapan dengan sokongan berterusan daripada rakyat.


"Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan MADANI akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page