top of page

Bekalan daging negara mencukupi hadapi musim perayaan sejak 3 tahun lalu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 17 minutes ago
  • 1 min read

Memastikan harga daging stabil merupakan kejayaan besar kerajaan yang tidak disedari atau dihargai rakyat
Memastikan harga daging stabil merupakan kejayaan besar kerajaan yang tidak disedari atau dihargai rakyat

Kerajaan MADANI memberi jaminan bahawa bekalan daging negara akan terus mencukupi bagi memenuhi keperluan rakyat, termasuk ketika permintaan memuncak pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sepanjang tempoh tiga tahun lalu, bekalan daging negara berada pada tahap mencukupi hasil perancangan yang berterusan serta kerjasama erat antara kerajaan dan penternak tempatan.


"Bang Mat bersyukur, dalam tempoh tiga tahun ini, bekalan daging negara sentiasa mencukupi untuk kegunaan rakyat, termasuk ketika permintaan memuncak pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha," katanya dalam hantaran di media sosial mengungkap kejayaan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 2025.


Menurut beliau, umat Islam dijangka menyambut Ramadan pada Februari 2026, diikuti Hari Raya Aidilfitri pada penghujung Mac 2026, dan persiapan awal bekalan daging telah pun dimulakan oleh penternak tempatan.


"Dengan perancangan awal, kerjasama penternak dan sokongan dasar yang betul, bekalan daging untuk rakyat pada tahun hadapan juga akan terus terjamin," jelasnya.


Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan keperluan asas rakyat sentiasa dilindungi serta tahap keselamatan makanan negara kekal kukuh dan mampan.


"Insya-Allah, keperluan asas rakyat akan kita jaga dan keselamatan makanan negara akan terus dipelihara," katanya.


Untuk rekod, negara pernah berada dalam tempoh sukar dan ketidaktentuan bekalan daging di bawah Kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.


Harga daging tempatan yang biasanya stabil melambung melebihi RM45 sekilogram pada musim perayaan 2021 biarpun kerajaan mewujudkan Skim Harga Maksimum pada waktu itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page