top of page

'Kejar gemilang ekonomi, jangan pinggir warung bobrok'




Kilau ekonomi Malaysia dikejar sejak 1990an apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar mencatat 8% selama sedekad.


Ibu negara, Kuala Lumpur begitu banyak dibina menara tinggi, gedung mewah, hotel 5 bintang. Dan pembangunan itu berterusan sehingga dua dekad kemudian.


Namun apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan kali kedua dan juga Perdana Menteri, malangnya masalah rakyat marhaen masih serupa, gerai buruk dan warung bobrok masih tempat khusus buat rakyat berpendapatan rendah tanpa diperbaiki.


Hal itu diungkap beliau dalam program Dialog Anak Muda: Temu Anwar di KL Convention Centre, KLCC anjuran AIC, petang tadi.


"Masa saya lakar (buku) Gelombang Kebangkitan Asia ekonomi kita melonjak. Bank Dunia masa itu mengeluarkan laporan keajaiban ekonomi Asia Timur. Kebetulan masa itu saya jadi pengerusi komiti pembangunan Bank Dunia dan IMF.


"Jadi bila orang puji kita pun semangat. Namun saya memilih untuk berbeza pendapat. Saya kata jangan pujian itu menyebabkan kita rasa terpukau.


"Apa masalah negara kita. Masa itu kemiskinan masih ada, rasuah ada, kesenjangan bukan saja antara kaum tetapi juga wilayah


"Sekarang (selepas 25 tahun) saya lihat bandar raya. Saya kata di bawah pentadbian saya Kuala Lumpur itu dikenali dengan gedung pencakar langit dan hotel mewah 7 bintang, tetapi juga dengan gerai buruk, warung bobrok. Harus ada keadilan. Kita ada hotel jangan dibiarkan warung dimanfaatkan rakyat itu tercorot.


"Sekarang ada masa untuk saya laksanakan cita cita itu. Saya tidak halang bina hotel baru tetapi wajar kita jaga gerai dan warung," katanya menjawab soalan moderator Amelia Henderson.


Selain itu, Anwar berkata misinya juga untuk mengukuhkan budaya bangsa.


Katanya tidak wajar Malaysia mengimport budaya dari luar. Tidak menjadi masalah budaya yang baik turut sama dikongsi tetapi katanya Kuala Lumpur perlu jadi Kuala Lumpur, bukannya London atau New York di Kuala Lumpur.


Buat kalangan pelajar dan anak muda pula, idealisme Anwar tetap sama sebagaimana beliau masih pemuda pada era 1970an lalu.


Anak muda, katanya, perlu cemerlang di samping mempunyai jiwa yang yang mantap. Tiada guna kecemerlangan atau kejayaan tanpa roh.


"Kita nak student itu mencapai kecemerlangan tetapi kuat hati nuraninya, kuat kemanusiaannya


"Ini mempengaruhi saya, saya lihat di Kedah (pada 1970an), kebetulan orang Melayu (kelaparan di Baling). Tetapi kalau saya lihat India tak kan saya kata, saya ini akan hanya perjuang Melayu miskin, India biarkan saja. Itu bukan manusiawi. Kita merentas kaum


"Jadi saya mahu anak muda fikir ini. Kamu mahu jadi aktivis, boleh, tetapi jangan jadi macai, jangan jadi walaun. Fikir secara terbuka," katanya disambut sorakan hadirin.


Dalam majlis itu juga Anwar terbuka sekiranya anak muda mengkritik kerajaan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.


Beliau memberi jaminan tidak akan bertindak terhadap sesiapa pun yang memberikan pandangan mereka secara terbuka.


Cuma Anwar memberi amaran agar jangan bermain isu perkauman dan agama atau pecah belah menyebabkan rakyat bergaduh. Kepada anasir subversif, beliau memberi amaran tindakan tegas akan diambil.

1 comment

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page