top of page

Kejadian kren runtuh projek SUKE: Penduduk kritik kerajaan lemah pantau kontraktor pembinaan



Penduduk di sekitar projek lebuh raya SUKE yang mengalami kemalangan mengorbankan 3 pekerja serta mencederakan seorang pengguna jalan raya kelmarin membantah sikap kerajaan Perikatan Nasional yang sambil lewa dalam memantau projek tersebut.


Kata mereka, banyak aduan telah dibuat penduduk berhampiran seperti di Alam Damai, Len Sen, Puncak Banyan dan Taman Orkid Desa tetapi tidak diendahkan.


Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai dan Ketua Ranting KEADILAN Len Sen, Ronald Pua pula menuntut satu tindakan lebih tegas dilakukan bagi mengelakkan kejadian serupa berulang pada masa hadapan.


"Saya mendapat gambar daripada penghuni di Puncak Banyan dan Taman Orkid Desa berkenaan mayat ketiga yang baru dikeluarkan pagi tadi (semalam).


"Saya tidak memahami mengapa dia tidak dikeluarkan serta merta sedangkan ia amat ketara menyebabkan ketenteramaan penduduk terganggu secara mental. Saya berasa amat simpati terhadap ketiga-tiga orang pekerja yang maut serta merta akibat kemalangan ini,” kata Ronald dalam tinjauan Suara Keadilan.

Ronald Pua

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Woon, berasa kecewa kerana sikap kontraktor yang didakwanya tidak mengutamakan keselamatan penduduk dalam melaksanakan projek.


"Kerap ada kemalangan, besar dan kecil akibat kesilapan kontraktor tidak memperbaiki jalan berlubang dan lampu waktu malam. Sering juga tayar rosak kerana paku dan bahan pembinaan yang jatuh dari atas," dakwanya.


Manakala seorang lagi penduduk, Hafiz meluahkan perasaan tidak puas hati kerana terpaksa menggunakan laluan lebih jauh untuk pulang ke rumah.


"Semenjak perkara ini berlaku, kami dipaksa menggunakan jalan alternatif untuk balik ke rumah. Setiap hari, saya bertengkar dengan pekerja asing yang tidak faham Bahasa Melayu.


"Jalan ini juga tidak diselenggara dengan baik dan sering bertakung air. Selain daripada itu, bahan pembinaan dibuang di tepi jalan begitu saja,” katanya.

Hafiz

Sementara itu, Andre Lai beranggapan sekiranya kerajaan dan badan-badan yang bertanggungjawab memantau pelaksanaan projek itu menjalankan tanggungjawab sewajarnya, insiden buruk tidak akan berlaku di laluan berkenaan.


"Jalan ini merupakan laluan utama menghubungkan kawasan berpadatan tinggi seperti Len Sen, Bukit Cheras serta Alam Damai. Tidakkah Ahli Parlimen atau DBKL mengguna jalan ini sebelum ini?


"Masalah seperti tiada lampu malam, tiada penjaga dan banjir kilat sering berlaku berulang kali. Pihak berkuasa seperti CIDB dan DOSH harus bertanggungjawab!” katanya.


Beliau turut mengkritik Ahli Parlimen kawasan laluan projek SUKE tersebut yang tidak prihatin dan turun padang melihat kesusahan penduduk di kawasan sekitar.


Pada hari Isnin 22 Mac lalu, kren pembinaan SUKE jatuh dari ketinggian 120 kaki menyebabkan tiga pekerja binaan warga asing maut.


Sebuah kereta juga dihempap dan pemandunya masih lagi dalam keadaan parah di HUKM.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page