top of page

Kehidupan rakyat daif, sepatutnya GPS tidak lagi diterima rakyat - Fuziah



Kedaifan hidup sebahagian rakyat Sarawak mendapat perhatian Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Fuziah Salleh.


Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Kuantan selama tiga penggal itu sukar memikirkan logik Gabungan Parti Sarawak masih diterima rakyat selepas 58 tahun memerintah dan amat sedikit kemudahan asas yang mereka sediakan.


"Saya cannot brain. Saya tak dapat nak bayangkan kenapa Sarawak masih macam ini lagi.


"Sedangkan negeri ini kaya. Peruntukan untuk ADUN tinggi, RM8 juta setahun. Gaji ADUN juga tinggi lebih kurang gaji Ahli Parlimen (RM12,000).


"Kalau saya hari ini (banjir di Kuantan), aduan dituju kepada saya bila mereka (rakyat) telefon majlis perbandaran tak dapat, TNB tak dapat, saya tidak tidur malam. Mereka tanya kenapa lambat Majlis nak selesai masalah, saya kata sabar.


"Kita sebagai wakil rakyat tak sanggup lihat rakyat susah. Saya tidak tahu macam mana wakil rakyat di Sarawak boleh bersenang hati dalam keadaan (rakyat amat daif) begitu," katanya dalam ceramah grand finale secara atas talian, malam ini.


Fuziah turut tertanya tanya apakah kerajaan Sarawak selama ini sengaja membiarkan rakyat kekal miskin untuk mengula gulakan mereka apabila tiba waktu pilihan raya, dengan sedikit habuan wang ringgit.


"Saya hairan macam mana rakyat di Sarawak boleh terus menerus terima keadaan begitu. Bila masa pilihan raya dapat habuan lupa kesusahan mereka.


"Adakah kerajaan sengaja biarkan rakyat susah supaya bila dapat RM100 gembira waktu pilihan raya?


"Itulah cara mereka. Harapan kita kepada generasi muda akan melakukan perubahan," katanya.


Fuziah juga mengimbau detik awal beliau menjadi wakil rakyat di Kuantan, Pahang. Katanya, ketika itu masih banyak rumah setinggan yang daif.


Tanpa peruntukan dari Kerajaan Persekutuan, ujarnya, beliau berusaha sendiri membantu penduduk miskin sehingga pada hari ini tiada lagi rumah daif di Parlimennya.


"Saya lihat rumah di DUN Bekenu misalnya daif. Sama macam saya mula mula jadi wakil rakyat pada 2008, banyak rumah setinggan di Kuantan.


"Walaupun saya pembangkang dan tiada peruntukan, tetapi sehingga hari ini dalam kawasan Parlimen saya tiada lagi rumah macam itu.


"Kita berjaya pindahkan, kita berjaya dapat peruntukan rumah PPRT, rumah mesra rakyat dan sebagainya. Kita bantu sebaik mungkin. Sebab itu saya tak boleh faham mengapa wakil rakyat (di sarawak) tak boleh selesaikan masalah ini," kata Fuziah lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page