top of page

Kegelisahan direkayasa, faktanya kerajaan stabil, ekonomi terjamin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 7 hours ago
  • 2 min read

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan rakyat agar tidak terpengaruh dengan propaganda di media sosial yang memperlihatkan negara seolah olah berada dalam keadaan amat buruk.


Beliau yang menjadi tetamu portal Hello Malaysia berkata, senario di alam siber banyak direka reka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ingin mencapai matlamat mereka, bukannya situasi sebenar berdasarkan alam nyata.


Hal itu katanya, turut mengecewakan perdana menteri kerana faktanya politik negara stabil, ekonomi Malaysia diiktiraf antara terbaik di rantau Asia malah indeks IMD World Competitiveness Ranking 2025 telah melonjak 11 anak tangga ke kedudukan ke 23 di dunia.


"Bila turun (indeks daya saing) ramai marah, bila naik tak siapa puji.


"Hal ini dinamakan oleh PM sebagai kegelisahan yang direkayasa oleh kumpulan pembangkang, kumpulan tertentu.


"Mungkin dia tak dapat kelebihan, projek atau jawatan, jadi mereka mencanang keadaan sangat perit," katanya dalam program 'Menyantuni Agenda Madani', terbitan Hello Malaysia, semalam.


Selain itu, Fahmi juga kecewa dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang suka memfintah di media sosial.


Katanya, usaha kerajaan untuk menyediakan internet pantas seolah olah tidak dihargai kerana kemudahan itu digunakan untuk tujuan yang salah.


Beliau turut menyentuh buli siber dan memberi contoh, seorang pembuli yang pernah menyebabkan seorang TikToker membunuh diri kini orang itu pula dibuli. Dan hal itu, katanya, menunjukkan sesuatu yang tidak kena dalam komuniti siber.


"Saya nampak sikap di kalangan orang yang terlalu mudah keluarkan fitnah. Dia tidak ada tanggungjawab bila (berada di) online. Dia rasakan dunia online dunia main main, tetapi kita kena faham benda kita cakap, baik, buruk ada kesan.


"Kita tahu ada TikToker bila dibuli (bunuh diri), saya bertemu dengan orang (pembuli) yang buli dia (mangsa) sampai bunuh diri. Orang itu datang nak minta maaf pada saya, sebab dia kata, dia pula jadi mangsa buli.


"Dia kata insaf, dia kata jadi mangsa.


"Buli siber ini terlalu mudah berlaku. Orang suka sekali rekayasa. Kadang kadang yang mulakan cemuhan bukan orang betul (bukan akaun sebenar), tetapi yang komen itu orang betul," katanya.


Dalam pada itu apabila ditanya mengenai komunikasi dalam Kerajaan Perpaduan yang agak kurang memuaskan pada waktu ini, Fahmi yang juga Ketua Penerangan KEADILAN berkata, perlu ada penyelarasan dalam hirarki Kerajaan Perpaduan pada peringkat Bahagian atau Cabang.


Tanpa penyatuan di peringkat akar umbi, katanya, sukar dilakukan gerak kerja bersama, termasuk penerangan untuk berfungsi dengan baik.


"Komunikasi dalam Kerajaan Perpaduan perlu dibuat di peringkat cabang atau bahagian. Saya beri contoh di Lembah Pantai (wujud kerjasama).


"Juga perlu ada tolak ansur dan saling memahami di peringkat akar umbi. Kita ada bayak ruang untuk semua yang ingin berbakti membantu kerajaan.


"Begitu juga peringkat negeri perlu kita mantapkan," katanya lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page