top of page

Kefahaman ilmu jadi teras bangunkan Malaysia MADANI



Kefahaman tentang ilmu perlu menjadi teras dalam membangunkan Malaysia MADANI dan menegakkan syiar Islam, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Berucap pada Majlis Ilmu MADANI di Seri Perdana, Putrajaya malam tadi beliau berkata bagi tujuan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama memastikan kefahaman tentang Hadis 40 Imam Nawawi dapat diserapkan dalam kalangan pelajar sekolah.

"Maka tidak kira siapa, semua harus ada kefahaman asas tentang Islam... (selain) untuk menyelamatkan diri dan keluarga, tetapi juga untuk mengelakkan daripada menjadi alat atau mangsa kefahaman yang mungkin mengelirukan sama ada fahaman barat atau fahaman yang boleh melemahkan kekuatan Islam.


"KPM dan menterinya (Fadhlina Sidek) dan menteri agama (Mohd Na'im) akan bersama memastikan semua anak-anak Islam membaca, selain kurikulum ditetapkan, Hadis 40 Imam Nawawi," katanya.

Tazkirah malam tadi disampaikan Mudir Pertubuhan Mujamma' Ibnu Sunni Lit Talaqqi di Pendang, Kedah, Abdullah Abdul Rahman atau juga dikenali Tuan Guru Abdul Rahim.

Turut hadir Menteri adalah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan tetamu istimewa iaitu para tuan guru dan mudir madrasah serta pondok dari Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor


Sementara itu melalui hantaran di laman Facebooknya memaklumkan, Tuan Guru Abdul Rahim antara lain menyentuh petikan hadis dari Riyadus Solihin mengenai gesaan dan kebaikan membantu pihak yang berada dalam kesulitan dan dikaitkan dengan konteks penderitaan rakyat Palestin.


"Nasihat, teguran dan idea dari siri majlis seperti ini amat bermakna dalam memupuk lagi budaya ilmu serta meningkatkan lagi kefahaman agama.


"Semoga siri perbincangan dan pertemuan dengan para ulama seperti ini diperluaskan dengan melibatkan rangkaian institusi pondok yang lain pada masa akan datang," tambah Anwar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page