top of page

Kedudukan Mahkamah Syariah, agama Islam kekal utuh - Menteri Agama



Oleh: Abdullah Zaid


Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.


Hal itu susulan, keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, pagi tadi


Justeru menterinya, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan itu dan sebagai tindakan segera, akan mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berusaha mendapatkan alasan penghakiman bertulis kes berkenaan untuk tujuan kajian dan perancangan selanjutnya.


Jelasnya, selaras alasan penghakiman kes itu, perancangan-perancangan lanjut akan dibuat segera bagi memastikan agenda penambahbaikan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah akan terus berjalan di Malaysia.


"Beberapa penyesuaian terhadap pelan dan rancangan sedia ada juga akan dilaksanakan selaras dengan keputusan kes ini. Segala ruang dan peluang yang wujud untuk pemerkasaan Mahkamah Syariah akan dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan segera menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah, timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum keputusan mahkamah hari ini.


"Selain itu saya juga akan segera memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan DYMM Raja-Raja Melayu untuk menyembah maklum perkara yang berkaitan," ujarnya.


Tambahnya, semua pemegang taruh dan pihak yang terlibat dengan Mahkamah Syariah akan sama-sama berbincang pemerkasaan Mahkamah Syariah dan jika terdapat keperluan melakukan apa-apa pindaan atau reformasi undang-undang, akan segera dilakukan.

"Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan mantan Ketua Hakim Negara Tun Datuk Seri Zaki Tun Azmi, mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.


Hasil kajian itu, kata Naim akan dibentangkan dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja.


"Semua pihak adalah diseru untuk bertenang serta tidak melakukan apa-apa provokasi yang boleh mengundang kepada keresahan awam," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page