top of page

Kedah negeri kaya sumber, beri peluang pemimpin berkaliber mentadbir



Kedah merupakan negeri yang kaya sumber hasil bumi dan pertanian.


Namun, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Adam Adli Abdul Halim negeri itu tidak maju sebagaimana yang lain kerana tidak diurus oleh pemimpin yang berkaliber dan baik dalam mentadbir.


"Oleh itu bagi peluang kepada negeri Kedah untuk ditadbir urus dengan baik


"Ini negeri kaya sumber, rakyat berbilang kaum. Ada kekayaan negeri yang boleh diolah namun tidak diurus dengan baik maka negeri ini kaya macam mana pun, rakyat kekal miskin kalau kita terus biar Sanusi (di kerusi MB)


"Sebab itu ini adalah satu misi yang cukup besar buat kita semua," katanya.


Tambah Timbalan Menteri Belia dan sukan itu, pilihanraya esok merupakan peluang keemasan rakyat Kedah untuk menamatkan perkhidmatan Sanusi dan kuncu kuncunya serta melantik pemimpin baharu yang akan membawa aspirasi Madani.


"Dalam 8 bulan tidak boleh kita nafikan (Kerajaan Perpaduan memerintah) jauh lebih baik daripada 33 bulan di bawah PN. Mereka buat apa? Mereka bangga keluarkan simpanan sendiri. Apa usaha untuk bantu petani, pesawah terutama di Kedah ini?


"Saat pertama kali Datuk Seri Anwar jadi PM dia cari dana RM30 juta untuk dipulangkan kepada petani miskin. Dia ambil dari syarikat beras yang buat keuntungan.


"Dalam 8 bulan pun dia buat macam macam, kalau beri 5 tahun dia boleh jadikan Malaysia negara maju. Mengapa Kedah nak ketinggalan (dalam kemajuan)," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page