top of page

Kedah makin panas: Pengundi mahu tukar MB Sanusi



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Walaupun tarikh pengundian bagi PRN enam negeri hanya akan berlangsung kira-kira sebulan lagi daripada sekarang, riak-riak 'gelombang panas' yang mahukan perubahan di Kedah sudah mula dapat dikesan.


'Kalih Kasi Sama dengan Kerajaan Pusat', 'Malulah dengan MB Sanusi ni', 'kelaku tak reti nak jaga..'


Begitulah perbualan rambang yang penulis dengar dalam siri jelajah Kedah sejak beberapa hari lalu.


Dalam perbualan rambang dengan pelbagai lapisan pengundi daripada beberapa peringkat usia, tergambar jelas bahawa mereka tidak gembira negeri Kedah ditadbir Perikatan Nasional (PN).


Mereka mahukan perubahan agar kehidupan juga berubah.


Nur Nazatul Nuha Mohamad Nazar, 23 tahun, seorang pelajar UUM berkata perubahan kerajaan amat diperlukan di Kedah bagi memastikan rakyat memperolehi kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti.

Nur Nazatul Nuha

Katanya, rakyat Kedah perlu bekalan air bersih dan jalan-jalan kampung yang berturap sempurna.


Terutama di kawasan pedalaman, katanya, masih banyak terdapat jalan kampung yang tidak diperbaiki dan berlopak-lopak di sana sini hingga membahayakan nyawa pengguna.


"Dengan perubahan kerajaan, di mana Kerajaan Negeri selari dengan kerajaan pusat diharapkan semua masalah itu dapat diatasi," ujarnya yang pertama kali mengundi pada PRU15 November lalu.


Beliau yang berasal dari Sungai Petani akan mengundi di Sekolah Menengah Parit Panjang, DUN Kuala Ketil.


Seorang lagi penduduk, Ramli Jusoh, 73 tahun turut berharap ada perubahan dalam PRN akan datang ini.


Menurutnya, di Kedah ini apa yang diperlukan rakyat ialah pembangunan dan penyediaan kemudahan asas yang lebih baik.


"Diharap keadaan akan lebih baik bila berlaku pertukaran kerajaan," kata beliau yang merupakan pengundi DUN Bukit Pinang.


Asmah Ismail, 63 tahun dari Taman Pinang Jaya juga sependapat, perlunya perubahan di negeri jelapang padi itu.


Kata beliau, Kedah masih banyak kekurangannya berbanding negeri-negeri lain.


"Kita mahu perubahan demi kehidupan lebih baik bagi keluarga di masa hadapan nanti," jelasnya.

Zaharah Ismail

Manakala Zaharah Ismail, 45 tahun dari Bukit Selambau lebih berterus terang mengatakan perubahan kerajaan amat diperlukan kerana kepimpinan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang tidak boleh diterima sebagai Menteri Besar.


Ujar beliau, mereka malu ada Menteri Besar yang suka menghina orang secara terbuka serta tidak hormat kepada Raja.


"Perlakuannya amat tidak patut, dia bukan saja wajar mohon ampun kepada Sultan Selangor, tetapi juga kepada Menteri Besar Selangor yang dihinanya “cokia” itu," tegasnya.


Muhamad Saad, 49 tahun dari Bukit Pinang pula berasa malu dengan perlakuan Sanusi yang ditontonnya melalui video yang tersebar luas ketika ini.


"Tiada adab beliau berkelakuan begitu dan menghina orang lain sesuka hati," katanya.


Menurut Muhamad, sudah sampai masanya Kedah dipimpin oleh pemimpin yang lebih baik serta tinggi budi bahasa.

Habsah Ahmad

Habsah Ahmad, 60 tahun yang merupakan Ketua Wanita UMNO Merbok dalam pada itu berkata, perangai Sanusi yang sejak dulu suka mempersenda dan mencari salah orang lain merosakkan imej negeri Kedah.


Sikapnya yang begitu, kata beliau, tidak melayakkannya untuk terus menerajui Kedah.


Sambil mengharapkan perubahan akan menjadi kenyataan pada 12 Ogos nanti, beliau lebih bersetuju jika Sanusi memohon maaf secara bersemuka kepada Sultan Selangor dan bukan sekadar mengutus surat saja kepada baginda.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page