top of page

Jelajah Kita KEADILAN, langkah matang berkempen - Syaril Ali

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
May 16, 2025
2 min read

Dr Fuziah (kanan sekali) memperkenalkan barisan calon bertanding merebut posisi daam Wanita KEADILAN
Dr Fuziah (kanan sekali) memperkenalkan barisan calon bertanding merebut posisi daam Wanita KEADILAN

Idea melaksanakan Jelajah Kita KEADILAN digerakkan Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh merupakan inisiatif yang paling baik memperkenalkan calon kepada para perwakilan parti yang akan mengundi pada 23 Mei ini.


Menurut Timbalan Pengarah Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syaril Ali, sesi Taklimat Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Taklimat Kongres yang mengundang semua calon tanpa mengira kem, tanpa bayang ‘cai’ adalah satu inisiatif yang bukan sahaja inklusif, tetapi mencerminkan kematangan politik dalam KEADILAN.


"Langkah ini meletakkan asas penting bahawa pertandingan dalam parti bukan medan perpecahan, tetapi ruang untuk menyumbang. Ia mengangkat semangat demokrasi tulen di mana setiap calon hadir menawarkan nilai dan gagasan, bukan sekadar angka dan strategi.

Syaril Ali
Syaril Ali

"Lebih mengangkat nilai inisiatif ini ialah disediakan ruang networking untuk calon-calon berinteraksi secara terus dengan para perwakilan.


"Ini bukan sekadar sesi taklimat ia medan untuk membina kepercayaan, menyantuni akar umbi, dan menyemai budaya politik yang matang, bersih dan membina," katanya dalam kenyataan.


Tegas beliau, pertandingan dalam parti seharusnya mempunyai disiplin yang tidak terlalu menyentuh lawan kerana semua anggota adalah dalam satu keluarga besar, bukannya musuh politik.


"Kita bertanding bukan melawan musuh, tetapi dalam keluarga. Maka adab, etika dan kesantunan harus kekal menjadi teras. Serlahkan tawaran, bukan cacian. Bina kekuatan, bukan mencari kelemahan.


"Terima kasih Dr Fuziah, Kak G, kerana menyediakan platform ini dengan penuh tanggungjawab dan visi yang jauh ke hadapan. Ini bukan kerja kecil, ini adalah pelaburan besar dalam membina budaya politik KEADILAN yang lebih progresif dan bersatu," katanya lagi.


Untuk rekod, Jelajah Kita KEADILAN telah pun berlangsung di tiga lokasi dan akan ke Malaysia Timur dalam beberapa hari ini untuk memperkenalkan calon.


Semua calon bertanding timbalan, naib, Majlis Pimpinan Pusat, sayap wanita dan pemuda digalakkan untuk menyertainya.

1 Comment


LaurenValdez
Oct 20

https://fi-nettikasino.com caught my attention recently and it got me thinking about how transparency builds trust, which is exactly what Syaril Ali seems to be getting at with the open briefings for all candidates regardless of camp. The point about contesting within a family rather than against enemies is one I wish more parties would take seriously, since the "serlahkan tawaran, bukan cacian" approach rarely survives an actual campaign. Curious whether the networking sessions actually change how delegates vote or if it's mostly symbolic.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page