Kecualikan yuran tiga sektor, kurangkan beban rakyat ketika PKP


Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang menggesa kerajaan supaya mengecualikan pembayaran terhadap tiga sektor bagi mengurangkan beban rakyat memandangkan bilangan kes Covid-19 masih belum turun kepada tiga digit sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.


Beliau selaku Jurucakap Perumahan, Kerajaan Tempatan & Infrastruktur KEADILAN berpandangan bahawa perkara itu harus dilakukan kerana ramai yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan yang drastik akibat penularan wabak Covid-19.


"Bantuan yang diberikan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) jauh daripada mencukupi.


"Walaupun pandemik sekarang jauh lebih serius daripada awal 2019, PN enggan meneruskan dasar sebelum ini yang boleh meringankan beban rakyat seperti moratorium pinjaman bank, pengecualian sewa perumahan awam dan sebagainya," katanya.


Disebabkan itu, beliau menyeru kerajaan supaya memberi keutamaan untuk menambah pendapatan boleh guna (disposable income) rakyat dalam keadaan yang tidak menentu ini.


"Saya mencadangkan agar kerajaan kecualikan yuran dalam beberapa sektor selama satu tahun, dengan syarat pengecualian yuran dalam sektor tersebut tidak mendatangkan kacau ganggu awam atau memudaratkan keselamatan awam.


"Sebagai permulaan, saya sarankan supaya kerajaan mengecualikan yuran dan bekukan penguatkuasaan. Bidang yang boleh dikecualikan seperti yuran parkir semua PBT, yuran lesen perniagaan semua PBT dan yuran pembaharuan lesen memandu bagi kelas B2 dan D oleh JPJ.


"Pengecualian yuran dalam sektor-sektor tersebut tidak akan timbulkan kacau ganggu atau kemudaratan kepada keselamatan awam.


"Walaupun yuran yang perlu dibayar tidak begitu tinggi, tetapi denda yang dikenakan merupakan satu beban yang berat untuk rakyat jelata dalam keadaan pandemik sekarang," katanya.


Justeru itu, Lih Kang berharap kerajaan memberi pertimbangan yang sewajarnya demi meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi ketika ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER