top of page

Kecilkan kabinet: Janji PH ditunaikan, kerajaan tetap efisien - Hassan Karim



Pakatan Harapan (PH) telah menunaikan salah satu janji terpenting dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 lalu iaitu mengecilkan saiz kabinet.


Hal itu telah dilakukan apabila jumlah keseluruhan Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik hanyalah 55 orang berbanding 70 dalam kabinet Tan Sri Mahiaddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, kejayaan mengecilkan kabinet itu menghantar isyarat kepada rakyat bahawa Kerajaan Perpaduan serius untuk menjimatkan wang negara dan tidak mengamalkan pelantikan untuk membalas budi.


"Kerajaan Perpaduan pimpinan PH di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya membentuk pentadbiran dengan hanya 55 orang Menteri dan Timbalan Menteri berbanding kerajaan sebelum ini seramai 70 orang.


"Yang jelas isyarat telah dihantar bahawa Kerajaan sekarang mengutamakan langkah berjimat dan behemah dari segi perbelanjaan wang negara.


"Jumlah kabinet yang kecil menunjukkan bahawa Kerajaan yang baru ini tidak menjadikan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri sebagai tawar menawar sokongan untuk kekal berkuasa," katanya kepada Suara Keadilan.


Tambah Hassan, pengecilan saiz kabinet bukan bermakna hilang keefisienan kerajaan.


Sebaliknya, kata beliau, kementerian yang diatur sedemikian rupa menambah kecekapan dan mengurangkan birokrasi.


"Walaupun jumlah kabinet kecil tetapi ia telah disusun sebaik mungkin mengambil kira setiap blok komponen politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan ini, di samping mengambil kira kepentingan semua wilayah termasuk Sabah dan Sarawak.


"Kabinet yang kecil bukan satu masalah besar di Malaysia kerana jumlah anggota perkhidmatan awam di negara ini banyak sekitar 1.5 juta bagi penduduk Malaysia yang hanya 33 juta orang.


"Ini memberi makna perkhidmatan awam mempunyai keupayaan untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat," katanya.


Namun perkara paling penting, kata Hassan, ialah idea bernas yang boleh disampaikan oleh menteri serta timbalannya.


Jika idea bernas maka pentadbiran akan lebih baik daripada dianggotai menteri yang ramai.


"Peranan Menteri dan Timbalan Menteri untuk memberi kepimpinan idea dan polisi paling penting. Yang melaksanakan idea dan polisi terletak kepada perkhidmatan awam yang profesional, bebas dan berkhidmat kepada the government of the day," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page