top of page

Keciciran pendidikan: Kerajaan tidak tangani generasi lesu pendidikan pasca Covid 19

Updated: Jul 17, 2022



Pasca Covid 19 isu yang ditumpukan adalah mengenai pemulihan ekonomi dan mengembalikan kekuatan perindustrian negara sebagaimana sebelum pandemik.


Namun tidak banyak rakyat perasan bahawa isu paling penting adalah kemusnahan pengetahuan akibat 'generasi lesu pendidikan' pada era endemik.


Menurut pembahas dari Johor, Dr Maszlee Malik, keciciran pendidikan perlu ditangani segera dan sedaya upaya bagi mengelakkan Malaysia kehilangan potensi pembangunan pada masa hadapan.


"Tadi presiden bicara tentang dampak Covid kepada ekonomi, politik dan kita tidak boleh lupakan juga dampak Covid kepada pendidikan.


"Pendidikan terkesan teruk akibat Covid 19. Dua isu utama dalam pendidikan yang memberi kesan jangka panjang kepada negara. Pertama, isu keciciran atau loss learning yang mewujudkan generasi tercicir.


"Anak anak ramai berhenti awal, lesu upaya, ponteng. Kini kita masih menanti data rasmi dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenai loss learning yang tidak lagi dikemukakan.


"Kita panggil ke mesuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan (Parlimen), (menteri) takut nak datang sehingga hari ini. Itulah kerajaan yang kita ada," katanya.


Selain itu, kata Ketua Cabang Simpang Renggam itu lagi, keciciran juga disebabkan oleh kemiskinan.


Malah pada era endemik, katanya, B40 yang hidup ala kadar pun akhirnya menjadi miskin akibat kehilangan pekerjaan.


Dr Maszlee turut mengingkatkan hadirin titah Yang di-Pertuan Agong pada pembukaan Parlimen tahun lepas menyentuh secara langsung kepada pendidikan, agar kerajaan bersikap inklusif merentasi politik ideologi dan kepakaran demi memulihkan sektor pendidikan yang wajib dijunjung oleh kerajaan melalui KPM dan KPT.


Malangnya, kata Dr Maszlee sehinga kini tiada lagi usaha untuk melaksanakn titah berkenaan.


"Kita tidak boleh berdiam diri. Kalau isu ekonomi kesannya setahun dua tetapi isu pendidikan jika keciciran kita ketinggalan. Ia akan memberikan kesan terhadap 20 - 30 tahun rakyat negara ini.


"Kita perlu runsing terhadap pendidikan negara yang dipandu dan dipimpin seorang menteri dan dua timbalan yang tidak layak menjaga pendidikan.


"Cadangan kita, adalah mewujudkan master plan dari tahap pendidikan pra sekolah sehinggalah ke tahap pendidikan tinggi termasuk pendidikan TVET


"Ini hanya boleh dilakukan jika kita ada Majlis Pendidikan Kebangsaan yang merangka pendidikan pasca Covid selaras dengan titah Agong," katanya lagi.


Tegas Maszlee, selagi Malaysia tidak mempunyai pelan jangka panjang pendidikan maka hal itu harus merisaukan semua rakyat.




0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page